Monday, 7 October 2013

Novel : Rahsia Di Sebalik Memori yang Lalu (sinopsis)



Rahsia Di Sebalik Memori 


 
Sinopsis
Demi menjaga hati papa dan mamanya, Putri Nur Athirah Qilah terpaksa menerima permintaan kedua ibu bapanya yang ingin menjodohkannya dengan seorang lelaki yang amat dia benci. Ya, dia memang benci dengan lelaki itu kerana lelaki itulah yang suka mempermainkan hati dan perasaan wanita. Di sebaik itu terdapat satu rahsia besar tentang Syed Aiman Arsyad yang telah di ketahui oleh Putri Nur Athirah Qilah sehingga membuatkan Qilah menjadi bertambah benci apabila melihat Aiman.

Putri Nur Athirah Qilah: “Aku tak taulah apa yang telah kau gula- gulakan mama dan papa aku sampai diaorang boleh nak ambik kau jadi bakal menantu diaorang. Lelaki macam kau ini sepatutnya pergi mati sahaja. Banyak lagi lelaki yang jauh lebih baik daripada kau untuk di jadikan seorang suami”
Syed Aiman Arsyad: “Well, sebenarnya aku tak gula- gulakan pun mama dan papa kesayangan kau tu, Cuma mereka sahaja yang terhegeh- hegah nakkan aku ni jadi bakal menantu diaorang. Kau sepatutnya bertuah sebab dapat title bakal bini aku bukan title bakal perempuan simpanan aku. Aku terima perkahwinan inipun bukan apa, Cuma kesiankan tengok kau sebab tiada orang yang nak ambik kau jadikan bini”

Apabila tinggal beberapa bulan saja lagi untuk Qilah melayari bahtera perkahwinan tiba- tiba datang satu kejutan yang tidak pernah diduga- duga olehnya. Kedatangan dua orang lelaki yang menyatakan bahawa dia adik kepada Muhd Amirr Adriz dan anak kepada Muhd Qhadil bin Muhd Qhani. Qilah kini di dalam dilema, akibat kemalangan yang lalu dia hilang segala memorinya dan akibat kemalangan yang lalu dia hilang segala identiti dirinya. Dia tidak tahu harus mempercayai siapa, antara Muhd Adam Rayyan yang mengaku bahawa dia adalah masa silam Qilah atau mempercayai keluarganya yang masih belum di ingatinya lagi. Hidupnya yang duhulunya kosong kini sudah di isi oleh Muhd Adam Rayyan lelaki yang asing baginya. Walaupun lelaki itu asing baginya tetapi lelaki itulah tempat untuk dia mengadu nasib dan lelaki itulah tempat untuk dia menghilangkan rasa kekosongan di dalam jiwanya.

Muhd Amirr Adriz: “Percayalah cakap abang dan Adam ni Qilah. Abang dan Adam sudah siasat dan abang yakin sepenuh hati bahawa Putri Nur Athirah Qilah inilah adik kesayangan abang yang hilang pada 10 tahun yang lalu. Abang nak kita satu keluarga bersatu kembali, kasihanilah ayah kerana ayah sudah lama mencari dan merindui Qilah dan sekarang ini ayah sedang sakit tenat.”
 Muhd Adam Rayyan: “Ikut kata hati Qilah, sebab hati tak dapat nak menipu kita. Kalau Qilah nak tahu, selepas Qilah pergi dari hidup Adam, Adam berasa sunyi sangat dan saat itu Adam baru sedar yang Adam sebenarnya cintakan Qilah. Selepas beberapa hari berlaku  kemalangan Qilah, abang Qilah ada bagi Adam buku diary Qilah, mungkin dengan buku diary ini Qilah dapat ingat balik apa yang telah Qilah lupa. Adam tak paksa Qilah terima Adam, tapi Adam harap suatu hari nanti Qilah dapat ingat balik masa silam kita” 

p/s: saya budak baru belajq ada salah tlg betol kan(saya hrp anda dpt comment sinopsis cerita ni sbb tkt x okay) lalalala gmbiranya hati ideaku dtg secara spontan hihihihi thanks to God (Allah) Alhamdulillah....   ^.^          
(diubh)                                                                                                                                                                                                                                              pesanan ikhlas drpad: Ain Mat Salleh ^__^

No comments:

Post a Comment