Friday, 13 December 2013

Cerpen: Izinkan Aku ...

Assalamualaikum .. pergh ... gile lme nk siapkan cerpen ni =='' trok tul punye penulis, maafkan saya krn lmbt siapkan ... huhu.. anyway thnks krn sokong citer saya n sori sgt2 krn saya lmbat siap kan. uwaaaa insyaallah cuba siapkan ngan lebih cepat, haha adoi! thnks kpd sumber inpirasi ku sekali hehe.. nk bgi seseorg bce tpi x kesampain ... insyaallah klu saya brjumpa ngan dia saya nk bagi dia bace ^_^ sbb dialh sumber inpirasi yg trbesar kat saya hehe... k lh byk bebel lak saya ni hihi .. selamat membaca, jika ade ape2 yg x puas hati silahlh comment huhu nnt saya akn perbaiki penulisan saya agi ^_^ hehe


Cerpen : Izinkan Aku

“ Woi! perempuan sial, kan aku dah kata kau tak payahlah nak sibuk jaga makan pakai aku. Menyibuk saja tau tak? Baik kau pergi berhambus daripada bilik aku sekarang jugak, kalau tak aku sepak muka kau tu lagi sekali” jerkah Nadzi kepada isteri yang baru di nikahinya sebulan lepas. Perasaan bencinya kepada isterinya itu semakin bertambah apabila melihat muka isterinya itu berada di dalam biliknya.

Terkaku terus tubuh Adlina apabila mendengar jerkahan Nadzi itu. Adlina menahan air matanya agar tidak gugur, jika air matanya gugur nanti pasti Nadzi akan memarahinya lagi. Sepanjang awal pernikahan mereka Adlina tidak pernah dilayan dengan baik oleh suaminya. Setiap hari telinga dia akan mendengar cemuhan daripada suaminya terhadapnya. Setiap hari dia akan diperlakukan seperti boneka kepada Nadzi. Setiap hari dia akan disepak terajangnya daripada suminya. Walaupun Adlina dilakukan sedemikian rupa tetapi dia tetap bersabar kerana di dunia ini dia tiada sesiapa kecuali suaminya itu. Hidupnya dulu sepi tiada sesiapa,malahan tiada ibu, tiada bapa, tiada keluarga, dan dia juga tidak mempunyai kawan. Dia hanya anak yatim yang tidak mempunyai asal usul yang telah di kutip daripada keluarga Nadzi. Daripada situlah dia mendapat menumpang kasih sayang ibubapa.

“Woi! Kau nak aku lempang telinga kau dulu ke? Baru kau boleh dengar hah! Dasar perempuan pekak”marah Nadzi kepada Adlina lalu dia pergi ke arah Adlina dan dia menarik kuat rambut Adlina.

“Abang, sakit bang, sakit...... tolong jangan buat Ad macam ni abang.......  ampun abang ... ampun .... Ad janji Ad tak akan buat lagi..” rayu Adlina dalam gagap sambil menahan rasa sakit yang tak terperi. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua dan dalam lama kelamaan  kedengaran bunyi esakan Adlina.

“ Argh! Baik kau senyap kalau tak aku hentak kepala kau dekat dinding hari ini” marah Nadzi apabila mendengar bunyi tangisan isterinya itu. Dia cukup benci mendengar tangisan perempuan. Huh! Nak tunjuk simpatilah tu.

Tanpa memikirkan kesakitan yang di alami oleh Adlina, dia terus menarik Adlina keluar dari biliknya lalu dia menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Kini Adlina sudah berada diluar bilik Nadzi, dia hanya mampu menangis teresak- esak sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit. Rambutnya yang di tarik oleh Nadzi kini diusap perlahan- lahan kononnya mahu menghilangkan rasa sakit tetapi perbuatannya itu hanya sia- sia kerana kulit kepalanya tetap terasa sangat sakit. Didalam hati Adlina hanya mampu berdoa kepada Allah supaya membuka pintu hati Nadzi untuk menerimanya dengan seadanya dan dia berminta kepada Allah semoga terbuka pintu hati Nadzi untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Nya.
                                          
                                             ********************

Pada waktu malam,Adlina menunggu Nadzi di ruang tamu rumah mereka. Hatinya gelisah menunggu kepulangan sang suami. Sejak daripada hari itu Nadzi pergi keluar rumah tanpa pulang selama 3 hari. Sudah berkali- kali dia menelefon Nadzi tetapi tidak diangkat malah di biarkan sahaja. Sihatkah dia? Sakitkah dia? Semua persoalan itu berlegar- legar didalam otaknya. Rasa rindunya pada Nadzi membuak- buak. Walaupun Nadzi tidak pernah membalas rasa cintanya tetapi rasa cintanya terhadap Nadzi tidak pernah terhakis malah semakin bekembang mekar. Tengah asyik Adlin mengelamun tiba- tiba kedengaran bunyi ketukan pintu rumahnya bertalu- talu.

Tok! Tok! Tok!

Ya Allah, kata Adlina dalam hati sambil mengurut dada nya berkali- kali. Adlina segera bangun daripada sofa lalu dia pergi ke arah pintu. Telinganya terasa bingit apabila mendengar ketukan di pintu tanpa henti. Di hayunkan langkah kakinya dengan lebih pantas selepas itu dia memulas tombol pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Nadzi dalam keadaan mabuk dan dikiri Nadzi ada seorang wanita yang berpakian seksi sedang memapah Nadzi agar tidak terjatuh. Betapa sedihnya hati Adlina apabila melihat keadaan suaminya itu. Dia seperti dapat merasakan hatinya seperti dihiris- hiris oleh pisau.

“Woi! Takkan kau nak tengok sahaja, cepatlah buka pagar ni, takkanlah itupun aku yang perlu cakap, dasar bodoh” tempik perempuan itu kepada Adlina.

Alangkah terkejut Adlina apabila mendengar tempikan wanita itu. Walaupun kedengaran bunyinya agak kurang ajar tetapi Adlina tetap bersabar. Dengan cepat Adlina mengambil kunci pagar rumahnya lalu dibuka pagar yang berkunci itu. Wanita itu tadi terus masuk ke rumah itu sambil memapah Nadzi sekali lalu dia memberikan isyarat mata kepada Adlina tanda menyuruh supaya Adlina pula yang memapah Nadzi. Huh! Menyusahkan aku betullah, kata perempuan itu dalam hati lalu dia pergi keluar daripada rumah Adlina selepas Adlina menyambut Nadzi.

“Em....Em... Emy, you nak pergi mana tu? Hahaha....... you ni honey, jomlah kita pergi masuk dalam bilik sekarang.... i bosan ni” kata Nadzi dalam keadaan mabuk. Astarghfirllahhalazim, mengucap Adlina dalam hati. Dia memapah Nadzi masuk kedalam bilik tidur sambil mendiamkan diri apabila mendengar suara Nadzi meracau- racau bagaikan histeria saja lagaknya.

Setelah mereka sampai di kamar tidur terus Adlina membaringkan Nadzi di atas katil lalu dia membetulkan sedikit posisi Nadzi agar Nadzi dapat tidur dengan lebih selesa. Apabila Adlina mahu pergi keluar daripada kamar itu tiba- tiba dia merasakan lengannyadi tarik kasar sehingga menyababkan dia terbaring di atas katil bersama dengan Nadzi. Terleka Adlina seketika, tetapi disedarkan dirinya agar tidak terus terleka. Ketika Adlina mahu bangun daripada pembaringan tiba- tiba dia merasakan tangan Nadzi melingkar dipinggangnya lalu badan Adlina yang kecil di tarik di dalam pelukan Nadzi.  

“You nak kemana ni Em? Dahlah tu..... jom tidur dengan I, I penat ni”

Zap! Kini hati Adlina berasa seperti dihiris oleh pisau buat kesekian kalinya lagi apabila mendengar kata- kata Nadzi itu. Tidak semena- mena air matanya terus muluncur laju tanpa henti. Dia benar- benar ingin beredar dari kamar itu tetapi malang bila kudranya tidak mampu  merenggangkan pelukan kemas milik Nadzi. Dalam hati tidak rela, dia terpaksa juga merebahkan tubuh di sisi Nadzi meskipun dia tahu akibat yang bakal dia hadapi.

                                    **************************

“Urgh!.... benda apa yang ada kat sebelah aku ni?” ngomel Nadzi dalam keadaan  mamai. Nadzi mencelikkan matanya seketika untuk cuba melihat siapa gerangan yang berada disebelahnya, namun hampa kerana keadaan di dalam bilik itu amat gelap dan ia amat menyukarkan mata Nadzi untuk memfokuskan penglihatan. Pantas saja tangan Nadzi menggagau mencari suis lampu. Dan dalam sekelip mata, ruang bilik yang gelap itu sudah terang- benderang. 
Terkejut Nadzi apabila melihat gerangan yang berada di sebelah dia adalah Adlina. Dia seperti dapat merasakan jantungnya berdegup kencang apabila melihat wajah polos milik Adlina. Cantiknya dia.....  berbisik hati Nadzi. Kini Nadzi sudah mengubahkan posisi dirinya, daripada berbaring terus dia duduk menghadap Adlina. Jari- jemarinya miliknya mula gatal mengusap seraut wajah milik Adlina dan akhir sekali jari- jemarinya mula bermain dengan rambut Adlina yang panjang mengurai. Dia seperti merasakan ada suatu perasaan yang ganjil menyelinap masuk di dalm hatinya tetapi dia tidak pasti apakah perasaan itu. Aku sudah jatuh cinta dengan dia ke? Tanya Nadzi dalam hati. Argh! Tak mungkin, tak mungkin.... lagipun dia tu sama saja dengan Nayli, dan sebab dia tulah yang membuatkan arwah papa menyuruh aku kahwin dengan dia. Entah apalah yang telah dia guna- gunakan arwah papa sampai papa boleh sayang sangat dengan dia.

Jari- jemari milik Nadzi kini sudah berhenti bermain- main dengan rambut milik Adlina. Nadzi mengetap gigi sambil menggengamkan tangannya berbentuk penumbuk. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia mengherdik Adlina sekarang tetapi memikirkan bau badannya yang agak tidak menyenangkan, dia terus membatalkan niat terlebih baiknya itu terlebih dahulu. Siap kau perempuan nanti kau akan terima balasnya nanti jerit Nadzi dalam hati.

                                                  ***************

Bunyi pancuran air di dalam bilik air menggangu lena Adlina. Adlina mencelikkan matanya lalu dia menggosok matanya agar tidak terkatup kembali. Adlina melihat segenap bilik itu, dia mencari- cari kelibat Nadzi tetapi malangnya tiada. Erk? Apa kebengap sangatlah kau ni Adlina, kalau dah dengar bunyi pancuran air di bilik air bermaknanya dia tengah mandilah ish, bisik Aldina lalu dia mengetuk kepalanya.

Apabila mengingatkan tentang solat subuh, terus Adlina bangun dan pergi keluar daripada bilik itu. Lagi pun dia tidak ingin berlama- lama didalam bilik itu kerana takut di marahi oleh Nadzi. Ya Allah, kau lembutkanlah hati dia agar dia tidak memarahi ku hari ini, doa Adlina dalam hati.
 
                                              ********************

Selepas sahaja Adlina selesai menpersiapkan diri, terus saja kakinya pergi menuju ke arah dapur untuk menyediakan sarapan. Belum sempat kakinya sampai di dapur, dengan pantas pergelangan tangannya sudah ditarik oleh tangan milik Nadzi dengan kasar, hampir saja wajah Adlina tersembam di dada Nadzi akibat tarikkan tangan Nadzi yang agak kuat. Nadzi memandang Adlina dengan sinis. Adlina seakan-akan mengetahui sahaja maksud pandangan Nadzi itu,  dia kini tidak boleh lari kerana dia tahu tak lama lagi ada gunung berapi yang akan meletus didalam rumah ini.

“Aku tak sangka ada perempuan murahan dekat rumah ni” kata Nadzi dengan sinis lalu dia melepaskan cengkaman di pergelangan tangan milik Adlina. Adlina mengusap- usap lembut pergelangan milik tangannya kerana terasa sakit dengan cengkaman kuat Nadzi tadi.

“Sa.... sa.... ya tak.. tak faham apa maksud ab.. abang” balas Adlina dengan gentar. Wajahnya kelihatan takut- takut kerana dia tahu Nadzi pasti akan mengukitkan peristiwa malam tadi. Adlina menundukkan wajahnya sambil memandang lantai yang berkayu itu. Kedengaran Nadzi mengdenguskan nafas dengan kasar.

“Huh! Tak faham konon. Apa maksud kau hah! Kau tak faham ke atau kau buat- buat tak faham hah! Kau pikir aku ni dah buta ya? Habis tu yang semalam tu apa kebenda woi! Aku ini belum lagi hilang ingatan tau tak” jerkah Nadzi kepada Adlina.

Terhijut bahu Adlina seketika apabila mendengar jerkahan Nadzi itu. Dadanya menjadi sebak, dia terasa air matanya mahu memberes sekarang jua tetapi dia cuba menahan dengan sebaik mungkin agar dia tidak kelihatan terlalu lemah dihadapan Nadzi. Huh! Senangnya rupanya hidup perempuan ni ya? Hinjut bahu pastu buat- buat nangis depan lelaki, kerja nak tunjuk simpati saja, bisik Nadzi dalam hati.

“Ya Allah abang, sumpah Ad tak sengaja lagipun semalam Ad tertidur kat situ lepas letak abang, Ad tak ada niat pun, maafkan Ad abang, maaf”pinta Adlina sambil dia memandang mata milik Nadzi dengan penuh simpati. Dia berharap sangat agar Nadzi tidak akan membelasahinya lagi seperti hari- hari sebelum ini.

“Huh! Tak sengaja konon, tadi kata tak faham tapi sekarang faham pulak. Lagi satu kau pikir aku boleh percaya sangat ke dengan kata- kata kau tu?” lidah Adlina sudah kelu apabila mendengar kata- kata Nadzi itu. Dia hanya mendiamkan diri lalu dia mengalihkan padangan ke arah lantai semula.

“Huh! Malas aku nak layan kau, lebih baik aku pergi kerja sekarang nanti lambat pulak. Dan kau jangan pikir lepas ni kau akan terlepas, kalau kau buat lagi sekali.... siap kau dan aku mungkin tak akan teragak- agak nak pecahkan kepala kau tu! Ingat tu!” selepas Nadzi berkata sebegitu, dia terus keluar daripada rumah itu lalu dia menghidupkan enjin kereta kesayangannya.

Selepas Adlina mendengar enjin kereta milik Nadzi sudah menderum keluar daripada kawasan rumah, dia  terus terduduk lalu air matanya menitis keluar laju tanpa mengikut arahan tuannya. Adlina sekarang sudah berputus asa. Kali ini dia sudah tekad tidak mahu mengejar cinta lelaki it lagi. Tanapa berfikir panjang Adlina bangun semula lalu dia pergi ke kamar tidurnya untuk mengemas barang- barang miliknya. Biarlah dia kena tanggung dosa sebagai isteri nusyuz, kerana sekarang ini dia sudah tidak mempeduli tentang semua perkara itu. Sekarang ini dia hanya memikirkan tentang hati dan perasaan dia sahaja.

                                      ************************

Suasana yang bagaikan pasar di pejabat pada pagi ini terus menjadi senyap apabila melihat wajah Nadzi yang masam mencuka bagai cicak tertelan kapur lalu di situ. Nadzi memasuki bilik CEO lalu pintu itu di hempas dengan kuat, para pekerja semua menjadi gerun apabila melihat kelakuan majikan mereka. Selalunya kalau Nadzi memasuki pejabat para pekerja pasti akan menegur Nadzi, namun apabila mereka melihat kelakuan Nadzi yang baran itu mereka terus membatalkan niat baik mereka.

Fail yang menimbun di atas meja dipandang sepi. Nadzi mengeluh. Wajahnya diraup perlahan, mindanya mula berputar ligat memainkan semula wajah Adlina. Setiap inci wajah gadis itu bagaikan menerpa kotak ingatannya, suara, tutur bicara, senyum tawa, segalanya milik Adlina bagaikan menggamit kerinduan hati Nadzi. Rindu yang tidak pernah padam namun cuba ditutupi sehelai kanvas tegar, kosong tidak berseri.

Tanpa Nadzi sedar, pintu biliknya sudah di masuki oleh seorang wanita. Wanita itu pandang Nadzi dengan pelik. Perlahan- lahan wanita itu datang dekat Nadzi lalu dia peluk lehar Nazdi dari belakang dengan selamba. Tersentak Nadzi apabila dia mendapati lehernya di peluk.

“You....” kata wanita itu dengan manja lalu dia cium pipi Nadzi. Nadzi berasa amat rimas dengan pelukan wanita itu lalu dia renggangkan pelukan wanita itu dengan kasar. Wanita itu terkejut lalu dia pandang Nadzi dengan pandangan curiga. Dia ni dah kenapa? Tertanya- tanya wanita itu dalam hati.

Nadzi mendenguskan nafasnya dengan kasar, lalu dia meraup mukanya lagi sekali. Jiwanya sekarang ini memang kacau sangat, sampai kalau boleh dia malas nak datang pejabat.

“You ni dah kenapa?” tanya perempuan itu, muka perempuan itu sudah bercemberut. Di dalam hati perempuan itu sudah menyumpah seranah Nadzi. Huh! Sabar- sabar lagipun dia tu anak dato plus dia tu CEO Hartama Holding, kalau aku buat hal nanti habis aku tidak dapat kikis duit lelaki ni pujuk kecil hati wanita itu.

“ Heh! Emy aku kau dengar sini, mulai saat ini kita dah tak ada apa- apa kaitan lagi, mungkin dulu kau fikir aku rapat dengan kau sebab suka kau, tapi kau tu sebenarnya aku anggap sama saja dengan perempuan murahan yang dekat GRO sana tu, lagipun aku tidak sebodoh yang kau pikir kan, aku dah lama tahu apa motif selama ini, aku saja ja gunakan kau untuk berseronok- seronok” kata Nadzi dengan sinis tanpa menghiraukan perasaan Emy. Wajah Emy sudah pucat lesi kerana dia tidak menyangka Nadzi boleh mengetahui punca niat sebenarnya, selama ini dia fikir, dia boleh memperbodohkan lelaki lain tetapi dia tidak sangka Nadzi berbeza dengan yang lain.

“You.. you ap.. apa yang you cakap ni I sayangkan you, I cintakan you, please I tak tipu you, I tak boleh hidup tanpa you” dan duit you sambung Emy dalam hati. Emy  pergi meluru ke arah Nadzi lalu memeluk lengan sasa milik Nadzi sambil membuat- buat nangis. Huh! Perempuan, Nadzi menghembuskan nafasnya kasar. Nadzi menarik lengannya kembali dengan kasar, geli dia dengan sikap Emy itu.

“Emy, I think you can see that door right?” perli Nadzi dengan sinis sambil jari terunjuknya di tujukan ke arah pintu keluar biliknya. Nadzi menghadiahkan senyuman sinis kepada Emy. Emy terasa tercabar apabila Nadzi berkata begitu kepadaya.

“Huh! Memang aku boleh tengok pintu tu pun, tapi kau ingat kau tu bagus sangat, perangai kau tu sebijik macam bapak ayam tahu tak? Kau lah lelaki yang paling dayus aku pernah lihat, ada isteri tetapi......” belum sempat Emy menghabiskan ayatnya Nadzi sudah menampar pipi Emy. Nadzi sudah hilang sabar, nafasnya sudah turun naik, hatinya menjadi bengkak apabila mendengar kata- kata Emy tadi. Emy pegang pipinya yang di tampar oleh Nadzi dia memandang wajah Nadzi dengan tajam.

“Siap kau, tak lama nanti kau akan terima balasannya” ugut Emy lalu dia keluar daripada bilik itu.

                                               **************************
Sudah seminggu Adlina melarikan diri di Melaka. Kini Adlina duduk di Kembang Sejati Chalet yang berdekatan dengan pantai. Hatinya berasa tenang apabila duduk dipantai. Masa Adlina kecil dahulu keluarga Nadzi pernah membawanya pergi bercuti disini.

Adlina masih ingat lagi peristiwa yang hampir membuatkan dia lemas di pantai, masa itu dia terlalu seronok bermain air tanpa Adlina sedar ada ombak besar datang menariknya ke tengah pantai dan pada masa itu semua ahli keluarga Nadzi cemas apabila mengetahui dia dihanyut ombak. Dengan pantas Nadzi datang ke arahnya lalu menyelamatkannya, lagaknya seperti hero. Adlina tersenyum kecil apabila teringat peristiwa yang lalu itu.

Adlina berjalan- jalan di tepi pantai sambil bernyayi kecil. Tudung labuh yang dipakainya sekali sekala berkibar- kibar mengikuti arah angin. Tanpa Adlina sedari, datang seorang kanak- kanak kecil berlari kearahnya lalu memeluknya sambil menangis teresak- esak. Adlina menjadi kaget apabila melihat kanak- kanak itu memeluknya sambil menangis.

“Adik..” seru Adlina kepada budak perempuan itu sambil mengusap rambut panjang kanak- kanak itu. Mana ibu bapa budak ini? Monolog Adlina dalam hati.

“Adik? Kenapa adik nangis ni? Cuba cerita dengan akak” tanya Adlina seraya dia merenggangkan pelukan kanak- kanak perempuan itu tadi lalu dia duduk bercangkung sambil memandang wajah kanak- kanak itu. Comel, puji Adlina dalam apabila melibat wajah kanak- kanak itu.

“Fiqah!” kedengaran jeritan seorang pemuda. Adlina memalingkan wajahnya seketika ke arah suara itu. Permuda tersebut berlari ke arah Adlina.

“Fiqah...” seru pemuda tersebut dengan lembut kepada kanak- kanak perempuan itu apabila dia sudah sampai di hadapan Adlina. Pemuda tadi duduk bercangkung seketika agar parasnya sama dengan kanak- kanak itu. Kanak- kanak itu terus pergi ke arah pemuda tersebut lalu dia memeluk pemuda itu. Tangisan kanak- kanak itu masih kedengaran, pemuda tersebut membalas pelukan kanak- kanak itu seraya mengusap- usap kepala kanak- kanak itu. Adlina yang melihat drama itu, menjadi terpinga- pinga. Eh? Anak dia ke?

                                         *******************

“Hurm.... terima kasihlah sebab layan kerenah anak saya tadi, cik ....”

“Adlina, panggil saya Adlina sahaja” pintas Adlina

“Owh.. Adlina, sedap nama, nama saya Na’il” kata Na’il sambil menghadiahkan senyuman buat Adlina.

“Mail?” mak ai? Macam snail aje bunyinya. Adlina menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal.

“Erk? Nama saya Na’il, N A ‘I L” eja Na’il dengan satu persatu.

“He he he, sorry- sorry Na’il, special nama awak, jarang saya dengar hi hi hi” kata Adlina sambil tersengih- sengih.

“Papa, nak aiskrim”pinta Fiqah sambil menarik- narik hujung baju Na’il. Adlina memandang wajah budak kecil itu. Ya Allah comelnya anak dia, haish kalau aku ada anak kan bagus, desis hati Adlina.

Hesy! Adlina kau jangan nak perasan nak ada anak, Nadzi punya perangai dahlah macam tu, kau ada hati nak ada anak, sangkal pula hatinya.

“Fiqah nak aiskrim ke? Jom pergi beli aiskrim” kata Na’il kepada Fiqah lalu dia dukung Fiqah.  

“Adlina, saya pergi dulu ye? Insyaallah kalau ada masa boleh kita berborak lagi” Adlina hanya mengangguk sahaja tanda mengiyakan. Wajah Adlina  kini sudah berubah menjadi sugul apabila teringatkan tentang perkara tadi. Na’il yang melihat perubahan wajah Adlina tiba- tiba berubah menjadi sungul berasa pelik . Niat dihati ingin bertanya terus di matikan sahaja apabila anaknya mula merengek- rengek ingin cepat.
                           
                                       **********************


“Woi bro, yang kau mengelamun apa tu?” sergah Na’il. Mati terus segala lamunan Nadzi yang baru muncul sebentar tadi. Hesy! Kacau betullah mamat sekor ni.

“Adoi lu ni bro, tetiba saja datang bilik aku ni kenapa, tak boleh bagi salam dulu ke?” marah Nadzi kepada Nai’l. Na’il hanya menayangkan wajah tidah bersalah saja.

“Hok alloh kau ni, aku dah bagi salam tadi, Cuma kau tu yang pekak sangat” gurau Na’il lalu dia ketawa kecil.

“Banyaklah kau aku pekak, ni aku nak tanya buat apa kau datang kat sini, tak ada angin, tak ada ribut, tetiba muncul kat bilik aku yang cantik jelita ni knp?”

“Alah kau ni, spoil mood betullah, akukan baru lepas balik bercuti, nak bermanja- manja dengan kawan sendiri pun tak boleh ke?”

“Banyaklah kau nak bermanja, kalau nak bermanja pi bermanja degan bini kesayangan kau tuh” ada ke patut dia cakap macam tu huh! Mengarut punya budak bisik hati Nadzi.

“Weh, kau dah jumpa belum bini kau tu?” tanya Na’il dengan serius. Nadzi mengeluh kecil apabila mendengar pertanyaan Na’il itu.

“Belum lagilah bro, aku sekarang ni rasa serba salah pulak kerana selama ni aku tak pernah layan dia dengan elok, lagipun aku dah mula sayangkan dia” luah Nadzi  sambil menahan sendu yang mula datang.

“Tulah, aku dah nasihat kat kau supaya layan dia dengan baik, tapi apa kau buat? Kau hanya buat don’t know saja, tengok sekarang ni siapa yang menyesal, kau juga yang menyesal, kalau kau menyesal time sebelum dia lari rumah sebulan lepas tu, takpa juga” bebel Na’il dengan geram kepada sahabat baikya itu.

 Aduh dia ni bukan nak bagi semangat dekat aku, tapi di bebelnya dekat aku, dia ni nak bagi aku down agaknya, dahlah mulut macam bertih jagung, chot- chet chot-chet, tambah- tambah lagi kalau bab- bab perli memerli ni, mulut dia memang Hot n Spicy kata Nazdi dalam hati.

“ Mak!!!!” jerit Nadzi dengan kuat.

“Woi! Kau sudah kenapa sawan agaknya?” tanya Na’il setelah dia menekup mulut Nadzi. Huh! Nasib baik bilik ini bilik kalis suara, kalau tak mati aku menahan malu dek kerana perbuatan sewel Nadzi ni, bisik hati Na’il. Apabila tangan Na’il sudah turun semula, Nadzi hanya tersengih- sengih sahaja.

“Mulut kau ni Na’il, memang mengancam tau tak” kata Nadzi dengan selamba. Na’il sudah menjegilkan matanya.

“Nadz kau jangan cakap dekat aku yang kau tu gay bro, aku tak kenal Nadzi gay, aku hanya kenal Nadzi yang kaki perempuan aja bro” kata Na’il dengan gagap.

“Woi! Apa yang kau mengarut ni! Aku cakap mulut kau tu mengancam maksudnya lain yang kau pikir ke situ kenapa pulak?” marah Nadzi lalu dia menggelengkan kepalanya sambil tangan dilekapkan di atas dahi. Ya Allah sabar sajalah, bisik hati Nadzi.

“Eh? Bukan maksud kau itu ke? Lagipun, mungkin di sebabkan isteri kau dah pergi lari daripada rumah, kau jadi gay secara tiba- tiba” terang Na’il tanpa memikirkan perasaan Nadzi ketika itu. Nadzi sudah mengetapkan giginya, tanganya sudah di kepal- kepalkan. Ya Allah kau sabarkanlah hati hambamu ini, hamba takut kawan hamba ini, termakan buku lima hamba yang sedap ni, doa Nadzi dalam geram.

“Wahai sahabat ku yang baik lagi hensem lagi sewel, kau nampak tak apa ni?” tanya Nadzi dengan geram sambil menunjukkan sebijik penumbuk ke arah Na’il. Na’il sudah menggaru- garukan pipinya sambil tersengih- sengih  lalu dia menganggukkan kepalanya.

“Ha ha ha, lek ar bro, gua main- main saja tadi, kau jangan marah nanti kena jual” pujuk Na’il.

“Ni aku nak tanya kau, masa kau pergi bercuti kat sana, apa macam syok tak?” tanya Nadzi seraya dia ubah topik.

“Mestilah syok bro, apalah kau ni ha ha ha. Eh? Aku baru ingat masa aku pergi kat sana haritu aku ada terserempak ngan seorang perempuan cantik, nama dia Adlina” beritahu Na’il kepada Nadzi dengan bersungguh- sungguh. Saat ini jantung Nadzi seperti sudah terhenti seketika.

“Tapikan weh, baru sekarang aku perasan kenapa muka dia sebijik macam muka bini kau eh?”sambung Na’il lagi. Sungguh sekarang ini Nadzi rasa sudah sesak nasaf dengan kenyataan Na’il itu.

                                         *********************

“Aku nak kau bunuh Adlina, nah ini duit pendahuluannya” kata Emy dengan angkuh lalu dia menghulurkan sepucuk sampul surat yang berisi wang. Sam menyambut hurulan itu lalu dia melihat wang pendahuluan yang di berikan oleh Emy.

“Wou! Banyak duit kau bagi kat aku thanks, pasal kerja tu bereh nanti aku akan uruskan” kata Sam lalu dia menguntumkan senyuman jahat. Dalam hati dia sudah tidak sabar mahu enjoy dipub.

“Bagus, aku nak kerja ni dilakukan dengan secepat mungkin, nanti aku bagi gambar perempuan tu dan tempat tinggal perempuan tu” kata Emy lalu dia pergi meninggalkan Sam yang tengah sibuk mengira wang. Huh! Macam tak pernah nampak duit saja gayanya, ngumpat Emy dalam hati.

                                       *********************

Setelah Nadzi mandapat informasi di mana tempat Adlina tinggal terus dia bergegas mengemaskan pakaiannya. Jika boleh dia mahu bertolak sekarang tetapi apabila memikirkan waktu sudah larut malam Nadzi segera membatalkan niatnya. Dia bercadang ingin bertolak selepas subuh.

Jantung Nadzi dari tadi berdetak dengan laju. Dia berasa tidak sedap hati dari tadi. Dia takut- takut jikalau Adlina disana di apa- apakan.

“Ya Allah, kau lindungilah isteriku, kau jauhilah dia dari segala bencana, kau berikanlah kepada ku kesempatan untuk menebus kesilapan ku yang lalu” doa Nazdi sambil air mata keluar menitis dengan laju.

                                       ********************

“Hurm... sekarang ni dah waktu petang, baik aku pergi bersiar- siar dulu dekat pantai sekejap, lagipun nanti besok aku dah tak boleh pergi dekat pantai dah, sebab besok nak pergi pulang dekat rumah Nadzi balik” gumam Adlina sendirian didalam bilik.

Selepas Adlina siap memakai tudung, dia pergi keluar daripada bilik yang di diaminya. Tanpa Adlina sedar ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh. Adlina pergi berjalan ke arah restoran berdekatan terdahulu kerana perutnya berasa lapar.

                                           ****************

Setelah Nadzi sampai di Pantai Pengakalan Balak, dia pergi menyewa sebuah bilik yang berdekatan dengan pantai itu. Setelah dia meletakkan barang- barangnya didalam bilik, dia pergi keluar daripada bilik itu dan dia pergi ke restoran yang berdekatan untuk mengalaskan perutnya dahulu.

Selepas Nadzi selesai menjamu selera di restoran itu,dia baru berkira- kira mahu mencari Adlina, tetapi dia segera membatalkan niatnya apabila dia terpandang kelibat Adlina berjalan ke arah pantai. Dengan tergesa- gesa Nadzi pergi mengejar kelibat Adlina yang semakin menjauhi pandangannya.

Isy! Mana dia menghilang ni? Tadi aku nampak dia ada kat sini, bisik hati Nadzi sambil matanya melilau mencari kelibat Adlina.

Hesyh! Bukan Adlina kot, mungkin hanya khayalan kau saja kot, balas hati kecilnya.

                                     *************************

Waktu senja sudah menjelma, Adlina masih lagi berada di pinggiran pantai. Para pengunjung sudah makin berkurang, Adlina berjalan- jalan di tepi pantai tanpa sedar dia sudah berada di tempat yang sunyi tanpa orang. Tiba- tiba kedengaran bunyi seorang lelaki.

“Piwwit! Hai awek, tengah buat apa tu? Nak abang temankan ke?” tanya Sam sambil memandang Adlina dengan pandangan tajam. Pandangan matanya tidak habis- habis melekat di muka polos milik Adlina. Sam sudah menguntumkan senyuman jahat. Wow! Wanita limited edition lah dia bagi aku bunuh, aku tak sangka pulak perempuan ni lagi cun muka dia disini daripada di gambar, bisik hati Sam.

Adlina yang mendengarnya sudah menjadi terkaku, seruluh badannya sudah menggigil ketakutan. Seumur hidupnya, dia belum pernah lagi diganggu oleh lelaki. Adlina mengalihkan pandangan matanya ke arah suara tersebut.  Jantungnya berdetak hebat, hatinya sudah gelisah tak menentu, tanpa berpikir panjang Adlina sudah membuka seribu langkah.

Sam yang melihat Adlina sudah membuka langkah sudah terbeliakkan biji matanya, dengan pantas Sam pergi mengejar Adlina lalu dia menarik tangan Adlina tanda tidak mahu melepaskan pegangan itu.

“Tolong! Tolong! Ada orang jahat kacau saya!” jerit Adlina sekuat hati sambil meronta- ronta ingin dilepaskan.

“Eh! Perempuan. Baik kau senyap sekarang, sebelum aku bunuh kau” ugut Sam sambil menunjukkan sebilah pisau ke arah Adlina.

Adlina sudah membeliakkan biji matanya apabila diugut oleh Sam. Ya Allah, kau bantulah hambamu ini, doa Adlina di dalam hati. 

                                             ********************

Nadzi seperti terdengar suara jeritan Adlina, dengan cepat Nadzi pergi berlari mengikut arah suara jeritan itu tadi. Di dalam hati Nadzi tidak putus- putus berdoa kepada Allah supaya Adlina terselamat daripada segala musibah.

Dalam lama- kelamaan kelihatan kelibat seorang lelaki memegang tangan seorang wanita. Nadzi memberhentikan lariannya seketika sambil mengamati wajah wanita yang di pegang tangan itu. Apabila gerangan wanita itu sudah dapat di kenal pasti, Nadzi diserang rasa cemburu tetapi rasa cemburu itu segera lenyap apabila dia melihat lelaki yang memegang tangan Adlina itu sedang mengelurkan pisau. Tanpa berpikir panjang Nadzi pergi berlari kearah lelaki itu.

                                              ********************

“Kurang ajar!” jerit Sam apabila pisau yang berada di tangannya terjatuh akibat sepakan Nadzi itu tadi. Tanpa sedar tangannya sudah melepaskan tangan kecil milik Adlina. Dengan itu, Adlina mengambil kesempatan melarikan diri lalu dia menyorokkan diri di belakang badan sasa milik Nadzi.

“Kau yang kurang ajar, kau nak buat apa dengan bini aku hah?” tanya Nadzi dengan berang.

“Kau tak payah tahu, ini kerja aku” balas Sam sambil tangannya pantas mengutip kembali pisaunya yang terjatuh di atas tanah. Nadzi memegang tangan erat jari jemari milik tangan Adlina tanda ingin menyalurkan kekuatan kepada Adlina. Adlina membalas gengaman itu.

“Adlina pergi lari dulu, nanti abang menyusul, take care sayang” ucap Nadzi lalu dia mencium dahi milik Adlina. Adlina rasa ingin menangis saja apabila mendengar kata- kata Nadzi itu tadi.

Sam yang melihat drama suami isteri itu, menjadi bosan. Dengan itu, Sam mengambil kesempatan. Dia berlari pergi ke arah Adlina sambil menghunuskan pisau, Nadzi yang perasan tindak- tanduk Sam segara menolak Adlina dan akibatnya, lengan sasa milik Nadzi sudah berdarah terkena hirisan pisau.

“Auch! Tak guna kau, kenapa kau nak bunuh bini aku hah?” tanya Nadzi, selepas itu dia menumbuk perut Sam bertubi- tubi. Terduduk Sam seketika apabila perutnya di tumbuk sebegitu sambil itu dia tangannya memegang perutnya yang sakit. Darah sudah keluar membuak- buak dari mulutnya lalu ditekup mulutnya pula.

 Adlina masih lagi berada di situ tanpa pergi melarikan diri, dia  tetiba menjadi kaku, hatinya berperang hebat, akal menyuruhnya pergi tetapi hatinya menidakkan, dia tetiba saja berasa tidak sedap hati. Nadzi yang melihat keadaan Sam itu menjadi puas hati lalu dia memusingkan badannya menghadap ke arah Adlina, baru beberapa langkah Nadzi  bergerak ke arah Adlina tetiba.

“Abang!!!” jerit Adlina dengan nyaring lalu dia pergi berlari ke arah Nadzi  dan menolak Nadzi. Nadzi yang sudah terduduk akibat tolakkan Adlina menjadi kaget apabila melihat perut Adlina sudah dicucuk oleh pisau.

Tangan Adlina sudah memegang pisau yang dicucuk oleh Sam. Darahnya sudah keluar membuak- buak dari perut, dahi Adlina sudah dikerutkan tanda menahan sakit lalu Adlina jatuh terduduk di atas pasir. Nadzi yang melihat keadaan Adlina menjadi berang, lalu dia bangun dan pergi ke arah Sam lalu dia membelasah Sam sampai lunyai.

“Ab... bang” panggil Adlina dengan payah. Terhenti terus serangan Nadzi terhadap Sam lalu Nadzi pergi mendekati Adlina sambil memangku kepala Adlina di atasribanya. Tanganya menggigil usap kepala milik Adlina yang ditutupi oleh tudung. Sam terus berlari litang pukang selepas Nadzi memberhenti membelasahinya.

“Sa.... sayang, kena kuat ya... demi.. ab..bang” kata Nazdi kepada Adlina lalu dia mencium dahi Adlina sambil itu air matanya menberes keluar.

“Ab.. abang Ad nak mintak se... se... uatu dekat abang... boleh.. tak?” pinta Adlina dengan suaranya yang tersekat- sekat. Nadzi mengangguk perlahan kepalanya tanda setuju. Dengan tangan terketar- ketar, Adlina mengusap wajah Nadzi yang pernah menjadi tatapannya pada suatu ketika dahulu.

“Ab.. bang, Adlina cintakan ab.. bang... ” ucap Adlina sambil dia mengumtumkan senyuman walaupun payah. Hati Nadzi bertambah menjadi hiba apabila mendengar pengakuan Adlina itu, dalam hati dia pun mengaku yang dia mula mencintakan Adlina. Nadzi mencapai tangan Adlina lalu dikucup tangan Adlina dengan penuh syahdu.

“Andainya takdir memisahkan kita, Ad nak abang izinkanlah wanita lain untuk menyentuh hati abang. Ad nak mintak abang tolong maafkan Ad dan tolong halal kan makan minum Ad selama menjadi isteri abang” sambung Adlina lagi, waktu itu Adlina berasa sakit sangat lalu dia mengenggam erat jari Nadzi, dahinya masih berkerut menahan rasa sakit yang tak terhingga. Pada itu Adlina seperti merasakan dia tidak akan dapat melihat wajah Nadzi lagi.

“Ad! Tak ada apa- apa salah dengan abang pun, abang yang ada buat salah dengan Ad. Abang menyesal kerana selama ini Abang tak pernah melayan Adlina dengan baik, sekarang ni abang baru sedar yang abang pun cintakan Ad. Ad maafkan abang sayang, please jangan cakap macam tu, tolong berikan kesempatan untuk abang menebus kesalahan abang” Adlina yang mendengar luahan Nadzi terasa hiba, lalu air matanya keluar menitis satu persatu, sambil itu dia cuba untuk mengukirkan senyuman manis buat Nadzi.

“Ad mintak maaf sebab Ad tak dapat lagi bersama abang dan izinkan Ad tidur buat selama- lamanya” kata Adlina lalu matanya perlahan- lahan tertutup.

“Ad! Ad! Ad! Bangun Ad, jangan tinggalkan abang, please, Ad! Ad! Ad!” raung Nadzi sekuat hati lalu Nadzi pengsan di sebelah Adlina.

                                ********************************

Ketika Nadzi sedang mengemas bilik Adlina yang sudah tidak berpenghuni tiba- tiba Nadzi terjumpa satu buku kecil di atas meja. Buku itu kelihatan seperti buku diary, hatinya menjadi seakan- akan berdebar- debar apabila memegang buku tersebut. Hatinya mendesak- desak menyuruh dia membuka isi buku tersebut.

“Hurm... nak bukak ke tidak ye? Hurm....” tertanya- tanya Nadzi sendirian.

“Argh! Senang bukak lepas solat Isya’ nantilah” bentak Nadzi, lalu dia menyambung kembali mengemas bilik arwah Adlina dan buku tersebut diletakkan di atas meja kembali.

                                  ************************

“Ya Allah, Ya Tuhanku, kau ampunilah dosa- dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa arwah isteriku, Ya Allah sesungguhnya hambamu ini rindukan arwah, kau tempatkanlah dia ditempat- tempat orang solehah, Kau jauhilah dia daripada di azab didalam kubur. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hambamu ini menyesal dengan perbuatan lalu hamba, sesungguhnya hambamu inilah hamba yang tidak reti bersyukur, ampunilah diri hamba mu yang hina ini. Ya Allah andainya waktu bisa diputarkan akan aku putar kembali untuk menebus kesilapan- kesilapan ku yang lalu, tetapi aku ini hanya manusia biasa, sesungguhnya aku betul- betul menyesal dengan perbuatanku yang lalu, aku malu Ya Allah, aku malu” luah Nadzi dalam doa sambil dia menangis tersedu- sedan.

 Sungguh dia benar- benar menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Jika boleh ingin sahaja dia bunuh diri pada waktu itu, tetapi apabila mengenangkan dosa- dosanya yang lampau, dia menjadi gerun. Tetiba dia teringat kan diary yang dia terjumpa di atas meja didalam bilik arwah Adlina. tanpa melengahkan masa Nadzi terus mengesat air matanya lalu dia bangun pergi ke bilik arwah Adlina untuk mengambil buku tersebut.

                        ***********************************

“Untuk suamiku yang tercinta,

Abang,

Dengan ini Ad menyusun 10 jari untuk memohon maaf. Maafkan Ad abang, kerana Ad telah melarikan diri daripada abang, sungguh hati ini berasa sangat- sangat menyesal dengan perbuatan yang lalu. Hati ini terlalu terseksa kerana menanggung sakitnya rindu yang menggunung buat abang, Ad lebih rela jika Ad di pukul, di caci, di hina oleh abang daripada Ad terpaksa menahan  rasa  sakitnya rindu ini, Ad tahu luahan hati Ad ini hanya diketahui oleh Ad dan Allah sahaja,  tetapi ianya sudah cukup  memadai bagi Ad kerana Ad tahu, cinta Ad ini hanya cinta sementara sahaja. Ajal dan maut boleh datang bila- bila masa sahaja boleh datang. Andainya jika ditakdirkan Ad pergi dahulu, Ad ingin meminta dengan abang. Sebelum Ad meninggalkan dunia ini Izinkanlak Aku Menyentuh Hatimu Wahai Muhammad Nadzi Ezary Bin Dato’ Mohd Nadzimi, tetapi Ad tahu perkara itu amat mustahil kerana hati abang, jiwa abang bukan dengan Ad. Hati dan perasaan abang tidak boleh dipaksa.  Jika boleh ingin saja Ad katakan kepada abang yang Ad akan selalu sayangkan abang.

 Abang ibarat permata yg terindah buat Ad,

Abang ibarat bidadara yang diturun dari langit buat Ad,

Abang ibarat hero yang dapat melenyapkan rasa rindu Ad ini,

Walaupun cinta Ad ini tidak pernah berbalas, tetapi Ad bersyukur pada Allah kerana telah diberi peluang untuk menjadi isteri abang walaupun hanya sementara. Sungguh hati ini berasa berat untuk meninggalkan abang tetapi ajal dan maut tiada sesiapa boleh tetapkan...  lagu ini khas Ad tujukan buat abang, walaupun Ad tidak nyanyi tetapi ia cukuplah sebagai tulisan bagi Ad,

 

 

Lirik Lagu Cinta dan Airmata - Bahrain - OST Asmara Luna

Sayup lagumu iring hatiku
waktu berjalan hanya diriku
lirik bisikanmu
lembut pelukanmu


Hanya tinggal kenangan bagiku
sepi menari menemaniku
air mata tak henti rinduku
Hanya ada aku
ku tanpa dirimu
kan ku simpan cintaku untukmu

Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu

Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu

Kaulah cinta dan airmataku
hanyalah dirimu
aku cinta kepada dirimu
aku cintamu

Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
aku cintamu

Aku jatuh cinta padamu
kaulah cinta terakhirku


Song : Cinta & Airmata
Singer : Bahrain feat. Cikgu Siti Hajar
Composer : Manusia Putih, Nawfas & Yoya
Producer : NAR Records  

(Sungguh lagu ini membuatkan hati Adlina berasa sedih, kalau setiap kali abang teringatkan Adlina, abang dengar lagu ini, Adlina akan sentiasa cintakan abang,dulu, kini dan selama- lamanya)”

Salam ikhlas daripada,

Nurul Adlina Akasya binti Abdullah

 

Terketar- ketar tangan Nadzi apabila membaca diary tersebut lalu tanpa diminta air mata lelakinya tumpah kembali. Sejak kematian Adlina, Nadzi seperti kucing kehilang anak. Bayangan Adlina selalu menghantui dirinya tanpa dikira siang atau malam, tidur atau sedar. Kini dia berasa inilah balasannya akibat perbuatan dia yang lalu.

“Andainya masa tidak mencemburui kita, abang takkan sia- siakan hidup sayang, sungguh sekarang ni hati abang hanya untuk sayang saja. Maafkan abang sayang, maafkan abang, abang menyesal, kembalilah kepada abang sayang, abang rindukan sayang” luah Nadzi sambil menangis tersedu- sedan.


                                                      ~Tamat~

p\s: maaf di atas segala kekuran citer ini ... nnt saya akn post special edition hehe ... bye3

7 comments:

  1. assalam..ain hehe good job dear..best cite ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, akk roses hehe thnks ^_^, citer akk pon best ;)

      Delete
  2. good job ain.. best cite nie..truskan menulis lg..good luck dear.. :)

    ReplyDelete
  3. thks akk suraini ^_^ insyaallah kite akn trus mnulis >.<

    ReplyDelete
  4. Haniff ^_^ knp harus ada sad ending huhu... jalan cerita ni unik...menarik.... marvelous2 hehe... cuma ada kesalahan tatabahasa,ejaan, ada short form... ^_^ kita sama ja heheh tp tk serupa...

    ReplyDelete
  5. wahahha thks yuki >.< hehe otk kte de sad ending je yuki >.< hehe thnks tegr... haha.. ye kite sme tpi x serupa

    ReplyDelete