Saturday, 14 December 2013

Novel: Rahsia Di Sebalik Memori Yang Lalu (Prolog)

Hai Assalamualaikum, malam ini saya nk post citer ni, maaf diats segala kekurang n ketypoan ku haha >.< (chet poyo punye ayt -_-'') haha k lh saya x nak mmbebel byk2 kat sini .. jika ade ape2 teguran silakan tegur ^_^ insyaallah saya akan trima dgn hati yang ikhlas hehe.. ok selamat mmbace  ^_<

Prolog

“Bang, cuba bawak kereta tu slow- slow sikit, kite nak balik rumah, bukan nak pergi racing” pujuk si isteri kepada si suami. Si suami hanya buat tak tahu sahaja dengan kata- kata si isteri.

“Ayah betul kata ibu, cuba bawak kereta tu slow- slow” sokong si anak. Tetapi si ayah tetap berdegil, dia hanya buat tidak endah sahaja.

Krig! Kirg!

Aduh! Time inilah si telefon nak berbunyi, kacau betullah desis hati si ayah. Kini sebelah tangannya memegang stereng dan di sebelah tanganya lagi menggagau mencari telefon bimbit Nokia miliknya.

“Abang memandu saja ye, biar saya yang ambik telefon tu dan jawab” kata si isteri. Apabila tangannya  ingin mencapai telefon bimbit itu tiba- tiba.

“Tak payah abang boleh ambik sendiri” pangkal si ayah, si anak yang melihat perilaku ayahnya hanya menggelengkan kepala saja.

Kring! Kring! Telefon itu berbunyi kembali. Aduh terjatuh kat kaki pulak telefon ni.

Si ayah mula menyengetkan sedikit badannya agar tangannya dapat mencapai telefon yang terjatuh di kakinya itu. Tanpa sengaja tangannya yang disebelah memengang stereng kereta terpusingkan stereng kereta itu.

“Ayah pokok!” jerit si anak dan akhirnya.

Dum!

“UWAAA!” jerit Putri Nur Aqilah dengan kuat lalu dia terjaga daripada tidur. Ya Allah, aku mimpi sahaja, Astaghfirrallahazim. Qilah meraup mukanya. Ya Allah apakah makna mimpi ini, Ya Allah sesungguhnya engkau mengetahui daripada segala apa yang terjadi, kau pulihlah kembali ingatan ku ini Ya Allah, doa Qilah dalam hati.

“Qilah, are you okay dear?”soal Datin Dalili Husna dengan risau selepas membuka pintu bilik tidur anaknya. Kaget dia bersama suaminya Dato’ Afifudin tadi apabila mendengar jeritan anak mereka.

“Erk... Qilah okay saja mommy, don’t worry just bad dream saja” terang Qilah dengan tenang. Datin Dalili datang ke arah Qilah lalu dia usap- usap kepala Qilah.

“Hurm... Qilah mimpi apa tadi sayang?” tanya Datin Dalili dengan kasih sayang.

“Erm.. nothing- noting, just mimpi biasa sahaja mommy, tak ada apa- apa yang perlu di risaukan lah”

“Kalau begitu, mommy pergi balik ke bilik semula ye? Sian daddy sengsorang dalam bilik”kata Datin Dalili kepada Qilah. Qilah hanya mengaggukkan sahaja kepalanya. Selepas itu Datin Dalili mencium dahi Qilah lalu dia keluar daripada bilik Qilah.

Setelah Qilah yakin Datin Dalili sudah pergi jauh dari biliknya, Qilah melepaskan keluhan berat. Mimpi yang dimimpinya tadi masih menghantui kotak fikiranya.


“Ya Allah, kau bantulah hambamu ini, sudah lama hamba mu ini hilang ingatan, kau sembuhkanlah penyakit ku ini, sesungguhnya hamba mu ini ingin mengetahu siapa diri hamba ini” rintih Qilah lalu dia membaringkan tubuhnya dan menyabung kembali tidurnya.

p\s: thnks krna mmbace karya saya yg x brape ok hehe >.< maaf lgi ku ade pape yg x best or x oky psl ni hehe .. saya amt hrgai komen2 anda ekekeke (pergh! ayt sape aq cilok ni =='' haha >.<) k lh kat sini leyh dgr bunyi ombak ekeekeke best2 hihi saya tdo dulu bye3 oyasumi, gudnight, sweet dreamz hihi, bab 1 insyaallah nnt klu ade mse saya cbe siap kn ^-^

-Ain Mat Salleh- 

1 comment: