Tuesday, 31 December 2013

Novel: Rahsia Di Sebalik Memori Yang Lalu (Bab2)

Assalamualaikum, hehe... di sebab kn esok kite nk pi blk asrama ... so kite nak bagi bab2 hehe.. maaf di atas segala kekurangan citter ini n maaf kalau citer ni x brape best or byk kesalahan or lain2 ar haha... sori2 hehe.. buat kwn2 p2u n gomo fm, den ade pesanan kat korg hehe... jaga diri baik2, semoga brjaya di dunia n di akhirat :) .. maaf klu kite ni mnyakitkn ati or what ever haha... >.< thnks sudi kwn ngan ite hehe.... maaf klu ite de lupakn korg :) insyaallah klu de mase kite beborak agi ye? :) kite bersyukur pde Allah walaupun hnye smntara shja perknalan kite ttp korg ttp THE BEST (Y) hehe >.< eceh byklak aku mmbebel hehe.... (oit kau ni byk mmbebel je =='') erk? maaf2 kite ni mmbebel je kerja hehe .. k ar selamat mmbace ... thnks kpd semua y sudi sokong kite hehe >.< .. klu de pape x puas ati .. komen je hehe...

Bab 2

Setelah tiba waktu makan tengahhari Qilah menanggalkan kot putihnya lalu di sangkutkan kot itu di atas kerusi untuk pergi makan. Yeah! Waktu makan jerit Qilah kesukaan dalam hati lalu dia mencari kelibat doktor Alisha. Apabila melihat meja doktor Alisha itu kosong, tiba- tiba Qilah teringat sesuatu.

“Qilah, aku pergi makan dulu ya? Kalau kau nak makan nanti jumpa kat kafe terus tau” pesan doktor Alisha kepada Qilah sebelum dia pergi keluar makan. Qilah yang mendengarnya hanya mengangguk, tetapi tidak tahulah angguk paham atau sebaliknya.

Alamak! Maknanya sekarang ni aku dah lambat makan tengah hari lah, aduh! Tulah lain kali jangan sibuk berkhayal sangat Qilah oi, nasihat Qilah dalam hati sambil itu dia mengetuk- ngetuk  kepalanya dengan perlahan, aish- aish.

Doktor Hazfi yang melihat perlakuan pelik Qilah terus bertanya kepada Qilah. “Doktor Qilah, awak okay ke?”

“Hah! takda apa- apa lah ... he he bye- bye” cakap Qilah dengan tergesa- gesa lalu dia pergi berlari. Terkejut Qilah tadi semasa Doktor Hazfi menegurnya tadi. Doktor Hazfi yang melihat kelakuan pelik Qilah itu terus tertawa kecil lalu tanpa membazir masa, dia pergi ke tempat yang ingin di tuju tadi. Aduh.. kau ni Qilah,dari dulu tak habis- habis buat perangai pelik depan orang, hish, malu- malu, bentak Qilah di dalam hati.

Setelah Qilah selesai membeli makan dan minuman yang berada di kafe yang berada di dalam hospital itu, dia pergi berjalan mencari meja untuk diduduki tiba- tiba tanpa di sengaja bahunya di rempuh oleh seorang lelaki lalu bajunya menjadi basah akibat terkena percikan air daripada cawan yang berisi air yang di beli oelehnya tadi.

“ Ops! Sorry” ucap Qilah kepada lelaki tersebut. Walaupun bukan kesalahanya yang melanggar tetapi dia sudah terbiasa meminta maaf. Lelaki yang melanggarnya tadi sudah menjadi pelik apabila mendengar yang Qilah meminta maaf dengannya.

Aik? Bukan sepatutnya aku ke yang minta maaf? Lagipun selalunya kalau orang yang kena langgar pasti mereka akan marah kembali. Lelaki tersebut sudah menggarukan kepalanya sedikit.

“Urm... miss? Er... bukan sepatutnya saya ke yang meminta maaf? By the way, sorry sebab terlanggar awak tadi sampai baju awak basah” kata lelaki tersebut sambil itu terus matanya yang sepet memandang wajah Qilah yang putih mulus.

“Owh.. ha ha, tidak perlulah awak meminta maaf lagipun awak bukanya sengaja pun” kata Qilah sambil tergelak kecil sedikit. Lelaki tersebut menjadi terkaku seketika apabila melihat gelak Qilah itu, tampak manis di matanya.

Apabila melihat mata lelaki tersebut galak merenung wajahnya tetiba Qilah serang rasa malu, lantas Qilah berdehem bagi menghilangkan rasa malu yang datang. Lelaki tersebut yang perasan ketelanjurannya merenung Qilah terus memerah mukanya lalu dia memalingkan wajahnya.

“Er... maaf, maaf sekali lagi” ucap lelaki tersebut dengan kelam kabut lalu dia pergi berlari keluar daripada kafe itu. Qilah sudah terpinga- pinga apabila di tinggalkan sebegitu lalu matanya kembali melilau mencari tempat duduk yang kosong. Tiba- tiba matanya tertancap pada meja yang telah di duduki oleh Doktor Alisha lalu dia pergi ke arah meja tersebut dan duduk di situ.

DI dalam rumah sewanya, Adam duduk termenung sambil itu otaknya bermain ligat mengingati wajah segenap milik Qilah. Melihat wajah Qilah yang putih itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tiba- tiba wajah Qilah itu telah mengingatkan dia tentang seseorang yang amat dia sayangi pada suatu ketika dahulu. Apabila mengingati tentang perkara itu, Adam telah melepaskan satu keluhan kasar. Putri, kemana awak telah hilang? Kami semua rindukan awak, bisik hati Adam sambil itu tangannya erat memeluk buku diary yang berwarna merah jambu itu. Dengan cara itu membuatkan segala kerinduan Adam telah terubat sedikit demi sedikit. Demi mencari Putri, dia perlu tabah dan sabar walaupun sudah bertahun- tahun Putri hilang tanpa khabar berita. Mungkin dengan izin Allah, pada suatu hari nanti dia akan ketemu semula dengan Putrinya yang hilang. Dia berharap sangat yang dia dapat menebus kembali semua kesalahan- kesalahan yang pernah di lakukan pada Putri pada suatu ketika dahulu.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu rumah sewa Adam diketuk lantas itu habis semua khayalannya hilang dengan serta merta. Adam sudah menghembuskan nafasnya dengan kasar. Haish! Siapa pulak lah yang ketuk pintu rumah aku ni, kacau betul,  membebel Adam dalam hati lalu dengan pantas Adam bangun daripada pembaringannya dan membuka pintu rumah sewanya itu.

“Hai! Assalamualaikum bro” ucap Amirr sambil itu tangannya dinaikkan ke atas selepas Adam membuka pintu rumah itu.

“Hurm... waalaikumussalam” jawab Adam dengan malas sambil tangan kananya diangkat tanda hai dengan lemah lalu dia mempelawa Amirr memasuki rumah sewanya. Amirr duduk di atas sofa lalu matanya memandang wajah Adam dengan pandangan pelik.

“Kau tak sihat ke bro? Asal pucat semacam je muka kau ni?” tanya Amirr dengan risau. Adam yang mendengar soalan Amirr itu hanya diam tidak berkutik lalu dia pergi ke arah dapur dan dia menyediakan minuman buat Amirr.

“Kau nak air apa?” tanya Adam kepada Amirr sambil itu tangannya membasuh cawan yang di ambilnya tadi.

“Nescafe panas” jawab Amirr lalu dia menghidupkan tv yang berada di ruang tamu rumah itu.

“Nah! Air kau, minumlah tapi sebelum tu baca doa dulu, takut- takut aku terjampi sihir kat air tu” kata Adam dengan selamba kepada Amirr lalu di letak cawan yang sudah berisi air itu di atas meja dihadapan Amirr. Amirr yang mendengar kata- kata Adam itu terus menjadi gerun lalu mata dia memandang tepat ke arah muka Adam untuk meminta kepastian.

Adam yang melihat wajah gerun Amirr terus tersenyum sinis lalu melawan pandang dengan Amirr sambil itu dia mengjungkit- jungkitkan sebelah keningnya. Didalam hati Adam sudah ketawa mengekeh. Niat sebenarnya hanya ingin bergurau dengan Amirr tapi dia tidak sangka pula yang Si Amirr ni boleh mempercayai kata- kata dustanya itu.

Amirr yang melihat reaksi Adam sebegitu terus menolak cawan itu jauh sedikit daripadanya. Dia menjadi bertambah gerun apabila melihat reaksi Adam itu tadi, tambah- tambahan Adam membuat wajah killer, bertambah kecutlah hatinya. Adam yang melihat perlakuan Amirr terus tergelak besar akibat tidak tahan melihat reaksi Amirr itu tadi.

“Woi! Apa kau gelak- gelak ni? Kau main- mainkan aku ye?” tanya Amirr dengan geram sambil matanya mencerlung tajam ke arah muka Adam.

“Wakakaka, lek- lek, jangan marah- marah kawan ha ha ha, aku main- main je pasal tadi, lagipun siapa suruh kau pikir yang aku betul- betul jampi air kau tu hi hi hi” pujuk Adam sambil itu dia duduk di sebelah Amirr lalu matanya ditunakkan di kaca televisyen. Hampeh punya kawan, lepas pujuk terus mata pandang kat tv. Hish! Dia ni nak pujuk aku betul- betul atau tidak? bisik Amirr dalam hati.

“Woi! Apa punya kawan daaaa. Kau pujuk aku ke kau cakap je? Haish sinting punya kawan. Hah! ni aku nak tanya ni, asal muka kau itu tadi bayak punya pucat ah?” tanya Amirr dalam sleng- sleng cina. Adam yang sedang menonton tv itu terus memandang muka Amirr dengan pandangan tajam lalu matanya kembali tertancap kepada skrin televisyen.

“Woi! Aku tanya ni, jawablah” marah Amirr kepada Adam. Haish! Mencabar kesabaran betullah budak ni, marah Amirr dalam hati lalu dia menutup kembali televisyen yang terpasang itu sebentar tadi. Adam yang melihat skrin tv itu menjadi gelap terus melepaskan keluhan kecil lalu matanya kembali memandang wajah Amirr. Dia paling benci apabila soal hal peribadi di tanya. Erk? Peribadi ke tu? Tanya hati kecil Adam.

“Yelah- yelah aku jawab” kata Adam dengan malas.

“ Hah! cepatlah jawab” sergah Amirr dengan tidak sabar- sabar. Ish! Asallah perangai kawan aku ni macam perangai perempuan? Tanya Adam dalam hati lalu dia mengeluh kembali.

“Ok dah habis”


“Hah? apa yang dah habis? Ish! Cepat lah bagitau jawapan”

“Tulah jawannya”

“Jawapan apa tu ngek? Kau tak jawab apa- apa pun” marah Amirr.

“Jadi itulah jawapannya, aku tak jawab apa- apa pun” kata Adam dengan selamba lalu dia berlari masuk ke dalam kamar tidurnya dan dia mengunci pintu biliknya itu. Amirr yang sudah di perlakukan sebegitu sudah mengeluh. Ei! Suka sangat mengelat, bentak Amirr dalam hati.

Amirr sebenarnya bukan mahu mencampuri urusan Adam, tetapi sejak mereka mendapat berita tetang kemalangan Putri tambah lagi berita yang Putri hilang semasa kemalangan Amirr tahu yang Adam berduka cita. Lagipun bukan Adam seorang sahaja yang bersedih dengan berita itu tetapi, Encik Qhadil dan dia juga turut bersedih di atas kehilangan salah satu ahli keluarga kesayangan. Dan sejak daripada peristiwa itu juga, Adam sudah di anggap seperti ahli keluarganya dan dia melayan Adam saling tak ubah seperti adik beradik kandung, rapat.

“Adam apa sampai bila kau nak jadi macam ni dik? Di luar kau belagak bahagia seperti tiada masalah tetapi sebenarnya di dalam hati kau masih berasa sedih dengan peristiwa itu. Mungkin betul kata polis yang sebenarnya Putri adik kesayangan abang itu telah mati. Ya Allah, Kau berikanlah kepadanya cahaya kegembiraan, Kau kurangkanlah rasa sedih yang bertapak di dalam hati dia itu. Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami olehnya” doa Amirr lalu tanpa membuang masa Amirr pergi keluar daripada rumah sewa Adam itu tanpa memberitahu Adam. Tanpa sedar, kata- kata Amirr itu sempat didengari oleh Adam di dalam biliknya itu.


“Tak abang, selagi Adam belum jumpa mayat Putri selagi itu Adam akan terus percaya yang Putri Adam itu masih hidup. Lagipun Putri itu cinta pertama Adam, jadi tidak sewenang- wenangnya Adam akan lupakan Putri. Tiada satupun wanita yang akan berjaya berada di tempat hati Adam kecuali Putri, tiada satupun” kata Adam dengan sediri lalu air mata lelakinya menitis satu persatu. 

p\s: hehe ... ade satu perkara yg kite lupe nk bgi tau kt korg.. hehe... tajuk novel ni nnt akn di ubh :) hehe .. sbb ade (pakcik cheater tu ckp yg tjuk tu pnjg sgt =='')  lggipon btl gak ape yg dia ckp =='' erk? haha... nnt bile tajuk dh di ubh kite bgitau hehe :) thnks sudi bace karya yg x seberapa ite >.<

By~ Ain Mat Salleh

3 comments:

  1. Maaf klu kite de wat salah n silap :) hehe >.< selamat mmbace karya yg x sberapa kite ni =='' maaf kite x reti sgt buat citer yg best2 huhu .. anyway thnks sokong ;)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haha ... tq krn komen ^_^ baby mio mybe bab seterusnye akn lmbat siap drp dulu sbb kite duk asrama + kite de ppmr thn depan ^_^ maaf krn nnt saya akn mmbuat anda tertunggu2

      Delete