Tuesday, 31 May 2016

KYTH: BAB 2


K.Y.T.H- KASIH YANG TELAH HILANG

K.C- KU KEJAR CINTA MU

K.D- KERANA DIA

D.S.M- DI SEBALIK MEMORI

W.C.K- WARNA CINTA KITA

__________________________________________

BAB 2

Selepas sahaja Aina pulang dari sekolah, kelihatan perkarangan rumahnya riuh- rendah dengan kedatangan jiran- jiran tetangga. Aina yang melihatnya sudah menjadi pelik lalu dia pergi terus menonong masuk ke dalam kawasan rumah.

“Assalamualaikum” ucap Aina ketika dia sampai di hadapan pintu rumahnya. Matanya melilau sekeliling mencari kelibat ahli keluarganya. Kedengaran bacaan yassin bergema di ruangan rumahnya. Aina bertambah menjadi pelik. Ibu dengan ayah ada buat kenduri doa selamat ke? Soalnya dalam hati.

“Aina” bahunya di sentuh daripada belakang oleh Megat Izzudin. Dia memalingkan kepalanya menghadap wajah ayahnya itu. Senyuman tipis diberikan buat si anak yang baru pulang daripada sekolah.

“Ayah... Kenapa ...” belum sempat Aina bertanya dengan segera Megat Izzudin berkata sesuatu. Riaknya nampak mendung sahaja. Tidak seperti selalu, tersenyum ceria apabila dia pulang ke rumah.

“Jom naik atas tukar baju dulu”

Aina mengganggukkan kepala. Dia akur. Tak mengapa nanti mesti dia tahu juga.

Langkahnya membontoi ayahnya pergi ke belakang rumah. Aina pelik, kenapa mereka tidak masuk sahaja melalui pintu hadapan? Akhirnya mereka menaiki tangga untuk pergi ke biliknya menggunakan pintu dapur. Sesekali matanya cuba mengintai apa yang terjadi di ruang tamu tetapi tidak mampu. Pandangannya terhalang. Dia mengeluh sendirian.

“Kenapa tak masuk guna pintu depan ayah?”

Megat Izzudin senyap. Kepala Aina sudah disengetkan ke kiri sedikit. Apa yang terjadi sebenarnya?

“Aina pergilah tukar baju dulu ayah tunggu dekat luar”

Aina akur. Dia masuk ke dalam bilik lalu pintu di tutup sebentar. Beg yang tersangkut di bahu dia letak di rak yang telah disediakan. Beberapa minit kemudian dia sudah selesai dalam menukar baju. Dia mengenakan pakaian yang sopan kerana tadi dia ada menyedari rata- rata yang datang ke rumahnya itu semuanya memakai baju kurung. Takkanlah pula dia mahu pakai baju T- Shirt pula?

Tok! Tok! Tok!

“Aina dah siap ke?”

“Dah! Sekejap” pintanya lalu dia keluar daripada biliknya itu. Dia sudah siap memakai tudung sekali.

“Jom...” ajak Megat Izzudin.

Aina akur, lalu tidak sampai beberapa langkah dia terhenti seketika. Baru dia teringat sesuatu. Mana abangnya itu? Selalunya setiap kali dia pulang daripada sekolah sudah semestinya abangnya itu akan menyambutnya di rumah walaupun pada waktu itu itu sepatutnya berada di dalam ofis. Kata Megat Shaeizlan kalau tak tengok wajah adik kesayangannya ini dalam beberapa jam dia boleh mati kebuluran sebab tidak dapat menyakat Aina. Almaklum waktu kerjanya dengan waktu sekolah Aina bertindih dan ianya akan menyebabkan mereka jarang berjumpa kecuali semasa cuti sekolah dengan hari minggu.

“Abang mana ayah? Aina tak nampak pun dari tadi” soal Aina apabila melihat Megat Izzudin turut sama berhenti. Matanya melilau mencari kelibat si abang.

Megat Izzudin tersentak apabila mendengar soalan itu. Soalan itu membuatkan hatinya seolah- olah di robek- robek sahaja. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana di hadapan anak bungsunya itu. Senyuman hambar dia cuba ukirkan pada bibir tuanya itu.

“Abang tunggu dekat bawah. Jom turun” ujarnya lalu dia pergi turun meninggalkan Aina di situ sendirian.

Aina tersenyum lebar. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan abangnya itu. Nanti dia mahu tuntut hadiah yang abangnya janjikan semalam. Dengan gembiranya dia turun ke bawah tanpa menyedari sebarang perubahan kepada suasana rumahnya itu. Dia sudah membayang hadiah jenis apakah yang abangnya mahu berikan kepadanya. 

Saat kaki sudah sampai ke ruang tamu dengan serta merta senyumannya mati. Matanya melekat kepada sekujur tubuh yang sudah kaku di tengah- tengah sana. Seperti tidak percaya sahaja apabila melihatnya. Lantas air matanya mula menitis satu persatu. Muka orang itu... Muka orang itu persis seperti muka abangnya... Mulut di tekup oleh tangan.

Dengan perlahan langkah kakinya mula mendekati tubuh yang sudah berbalut dengan kain kapan. Wajah itu nampak tenang sahaja di matanya. Tetapi hatinya tidak. Esakkan mula kedengaran.

“Abang...”

Senyap

“Abang... bangunlah...” pinta Aina dengan lirih sambil tangannya cuba menggoncangkan tubuh yang kaku itu. Malangnya tubuh itu tidak menunjukkan sebarang respon.

“Abang dah janji dengan Aina kan? Abang kata abang nak kasi hadiah hari ni.... Abang... bangunlah...” suaranya sudah mula bergetar. Puan Saleha yang berada tidak jauh daripada situ dengan segera mendapatkan anaknya itu. Tubuh kecil itu dia peluk dengan erat bagi menenangkan anaknya itu. Air matanya juga tumpah buat kesekian kalinya lagi apabila melihat keadaan Aina itu.

“Ibu... Kenapa abang tak nak bangun? Kenapa dia tidur bu? Dia kata dia sayang Aina. Kenapa dia pergi dulu bu...?”

Puan Saleha senyap. Dia tidak dapat memberi sebarang jawapan pun kepada Aina. Bukan Aina seorang sahaja yang sedih, tetapi dia juga. Orang yang berada di sekeliling itu sesekali memandang mereka dengan wajah simpati. Kasihan apabila melihat keaadaan Aina yang seolah- olah tidak dapat menerima kenyataan.

“Ibu... Abang kenapa tak nak bangun ni? Aina nak cakap dengan dia ni bu... Kenapa dia tidur lagi?” soal Aina lagi sambil memandang wajah ibunya dalam keadaan yang kabur akibat air matanya yang masih setia mengalir. Seperti di tusuk belati jantungnya apabila mendengar anaknya itu bercakap sebegitu. Pelukkan dia eratkan lagi sambil mengusap belakang anaknya itu.

“Abang dah tak de Aina...”

Aina bungkam apabila mendengar ayat itu.

“Abang dah tak de... Terima kenyataan...” pinta Puan Saleha dengan lirih.

Pelukkan yang erat dengan segera Aina longgarkan. Dia sudah berdiri. Dengan penuh amarah dia memandang wajah ibunya itu.

“Ibu penipu!!!!” jeritnya dengan kuat.

Puan Saleha sudah mula ikut sama berdiri. Kedua- dua bahu si anak sudah dia pegang.

“Abang dah pergi Aina... Abang dah pergi tinggalkan kita semua”

“Tak! Tak! Ibu tipu! Ibu tipu! Abang takkan tinggalkan kita. Dia kata dia takkan tinggalkan kita bu... Dia sendiri yang kata” Aina menafikan segalanya. Kepala sudah digelengkan beberapa kali lalu tangan tua Puan Saleha memegang kedua- dua pipi Aina yang masih basah itu.

“Aina...”

“Ibu... Tolong kejutkan abang ibu... Kenapa hari ni abang tidur lagi”

Mata yang telah kering daripada air mata mula basah semula. Kepala Aina diletakkan di atas bahunya lalu dia mengusap kepala berbalut dengan tudung itu dengan lembut.

“Shhh... Jangan nangis... nanti kita jumpa abang lagi eh?” Jumpa maksud Puan Saleha ialah semasa sudah berada di dalam syurga nanti. Aina menganggukkan kepalanya perlahan. Sungguh dia mengharapkan selepas ini mereka akan lebih tabah menghadapi ujian. Semoga Lan tenang dekat sana...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).     


BUKU Janganlah Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia karya Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Aina peluk dengan erat. Hadiah yang terakhir yang dia terima daripada abangnya itu. Air matanya mengalir di pipi. Buku itu diberikan kepadanya selepas tamat majlis pengebumian abangnya itu. Buku itu seperti tanda bahawa abangnya tidak mahu melihat dia bersedih. Tetapi malangnya dia semakin sedih. Kesedihan itu mungkin tidak akan dapat dirawat melainkan dengan abangnya kembali kepadanya semula.

Tubuh yang mengekrot di atas di atas katil dia luruskan lalu duduk. Sebenarnya sekarang ini dia berada di dalam bilik arwah abangnya itu. Dia rindu kepada abangnya itu. Rindu sangat- sangat. Gelak tawanya, senyum manisnya, dan gurauannya itu. Semuanya Aina rindu. Malam semakin larut, tetapi dia tetap setia berada di dalam bilik itu tanpa mahu pulang ke kamar tidurnya sendiri. Matanya tidak terasa memberat sekali pun.

“Abang...” panggil dia sendirian.

“Abang... Mana abang?” sejurus itu matanya tertancap kepada kelibat bayangan putih. Dia kaget. Mungkin itu abang dia. Dia turun daripada atas katil lalu mengikut arah bayangan putih yang di nampak olehnya itu. Langkah kakinya semakin lama semakin laju untuk mengejar bayangan itu.

“Abang... Tunggu! Abang nak pergi mana? Aina rindu abang...” ujarnya dengan lirih sambil itu dia pantas mengejar bayangan itu.

Apabila sampai di ruang tamu tiba- tiba bayangan itu hilang di sebalik pintu itu. Dengan tergesa- gesa Aina buka lalu keluar daripada rumah. Pintu pagar tidak dilupakan juga dia buka. Di sebalik kesunyian dan kegelapan malam yang kian pekat Aina terus berjalan mencari kelibat putih itu tadi.

“Abang!” jerit Aina buat kesekian kalinya lagi. Kini wajah itu dia nampak dengan jelas. Wajah abangnya itu sedang tersenyum manis sambil memandang ke arahnya. Dengan langkah yang perlahan Aina mula menyeberangi jalan yang memisahkan jaraknya dengan abangnya itu tanpa memandang kiri kanan pun.

Tiba- tiba,

Pin! Pin! Pin!

Kedengaran bunyi hon bertalu- talu daripada sebuah kereta yang berjenama BMW. Aina terkejut saat kepala menoleh ke arah kenderaan itu. Kakinya seolah- olah di gam rapi, lalu dalam beberapa saat kemudian.

Dum!

Aina sudah tercampak jauh. Badannya kini sudah mula di basahi dengan darahnya sendiri. Dari seberang jalan yang sana dia lihat susuk tubuh abangnya yang semakin menjauh. Air matanya kian lebat keluar sambil tangan cuba digerakkan untuk memberhentikan langkah abangnya itu.

“Cik.. Cik okey ke?” tanya pemuda itu dengan cemas.

“A.. Abang...”

Dan saat itu pandangannya mula gelap. Dia sudah tidak nampak apa- apa lagi.


“DOKTOR, macam mana dengan keadaan anak saya?” tanya Puan Saleha dengan terburu- buru apabila doktor tersebut lepas keluar daripada bilik anaknya itu. Dia berasa cemas apabila mengetahui Aina terlibat dalam kemalangan.

“Alhamdulillah, keadaan anak puan stabil. Cuma kepalanya mengalami sedikit hentakkan yang kuat semasa perlanggaran berlaku tadi. Saya harap tidak akan ada berlaku sebarang pendarahan pada otak dia. Nanti kami akan cuba scan untuk melihat kondisi otaknya”

Puan Saleha melepaskan nafas lega apabila mendengar ujaran doktor itu tadi. Lega hatinya seketika.

“Agaknya bila anak saya akan sedar ye?” tanya Megat Izzudin pula yang sedari dari tadi senyap sahaja. Doktor itu melemparkan senyuman buat mereka berdua.

“InsyaAllah dalam beberapa hari mungkin dia akan sedar. Kalau tak beberapa hari mungkin beberapa minggu. Bergantung kepada keadaan” jelas doktor tersebut.

“Jadi sekarang ni saya dah boleh jumpa anak sayakan?”

Doktor itu mengangguk.

Usai melihat anggukkan doktor itu terus sahaja Puan Saleha meluru ke pintu. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan anaknya itu.


PINTU yang tertutup rapat tiba- tiba terkuak, tersembul wajah seorang jejaka dengan bertemankan baju yang masih berdarah. Tetapi itu bukan menjadi tarikkan mata Puan Saleha dan Megat Izzudin, tetapi adalah wajah jejaka itu.

‘Ya Allah dugaan apakah ini?’ bisik Megat Izzudin dalam hati takala langkah jejaka tersebut mendekati mereka berdua.

“Saya minta maaf atas segala kejadian yang berlaku” ucap jejaka tersebut sambil wajahnya di tundukkan ke bawah.

Mata Puan Saleha dengan Megat Izzudin masih tidak berkelip lagi memandang jejaka itu. Mereka masih dalam mood terkejut. Terkejut apabila melihat wajah jejaka tersebut. Wajah tersebut sangat sebiji dengan wajah arwah Megat Shaeizlan yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi. Akibat tidak dapat menahan rasa sebak, air mata Puan Saleha mengalir buat kesekian kalinya lagi.

“Lan...” panggil Puan Saleha apabila melihat raut wajah itu.

Jejaka itu terkejut lantas kepalanya di naikkan ke atas semula. Siapa Lan?

“Nama saya Shahril” ujar Shahril sambil itu matanya sempat menangkap Megat Izzudin sedang memeluk Puan Saleha yang mula menangis semula.

“Saya minta maaf atas apa yang terjadi. Sebenarnya saya yang langgar anak pakcik dengan makcik” beritahu Shahril tanpa selindung.

Megat Izzudin tersenyum nipis.

“Benda dah nak jadi nak. Tak perlu minta maaf, lagipun memang dah ketentuan Tuhan Aina nak kena langgar”

Shahril melepas nafas lega. Nasib baik mereka tidak menyalahkan dia. Sekurang- kurangnya tidaklah dia rasa serbesalah sangat.

“Nanti saya bayar kos pembelanjaan sepanjang anak pakcik dengan makcik dekat hospital ni” tawar Shahril.

Megat Izzudin geleng kepala tidak mahu. Tidak mengapalah, dia mampu membayar sendiri. “Susahkan kamu sahaja. Lagipun kami mampu lagi, terima kasih”

“Saya ikhlas nak bayar, tolong terima. Sekurang- kurangnya ia dapat hilangkan rasa serbesalah saya sikit”

Megat Izzudin menolak lagi.

“Tak pe, kamu gunalah duit tu untuk perbelanjaan sendiri”

Akhirnya Shahril akur. Tiada gunanya dia memaksa kalau orang tak mahu

________________________

Kalau korang nak tau after spm insya'Allah saya akan buat project novel version baru.
Genre: Adventure/Romance
Hope korang suka nanti.
Jalan cerita dah siap di rangka tinggal nak tulis je nanti
And, TQ to my english teacher, Allah, dll.
Diorg punca saya dapat idea.

*Masa nulis karangan i be a director, aku akan buat cerita apa haha*




Novel: Kasih Yang Telah Hilang (Bab 1)


Cerita ni saya ingat lagi,
i do it when i form 2.
so yang baca and tolong perbaiki bahasa dalam story ni of course my senior thn lepas. 
TQ.
Mungkin dalam Bab ni pun akan di edit balik.
Dari segi jalan cerita so on.

____________________________

BAB 1

“Happy birthday to you, happy birthday to you… happy birthday to Aina … happy birthday to you,” kedengaran semua ahli keluarga Aina menyanyikan lagu ‘Happy Brithday’ kepada Aina. Terkejut Aina apabila mendengar semua ahli keluarganya menyanyikan lagu itu kepadanya. Kepalanya sudah di ketuk perlahan. Macam manalah aku boleh lupa hari lahir aku sendiri monolog Aina dalam hati.

“Aina tiuplah lilin tu,” bisik abang Aina, Megat Shaeizlan. Selepas mendengar kata abangnya itu dia terus meniup lilin. Kedengaran bunyi tepukan bergema disekeliling Aina.

Aina memandang ibu, ayah serta abangnya dengan bersilih ganti lalu Aina terus meluru ke arah keluarganya seraya itu terus dia memeluk mereka.

“Happy Brithday sayang!” ucap ibu dan ayah Aina lalu mereka mencium pipi Aina. Aina tersenyum bahagia lalu mengucapkan terima kasih kepada ibu, ayah dan tidak dilupakan juga kepada abang kesayangannya.

SELEPAS mereka habis menyambut hari lahir Aina pada malam itu, secara tiba- tiba Megat Shaeizlan menolehkan kepalanya ke arah Aina. Kelihatan Aina sedang duduk di atas sofa sambil memejamkan mata, nampak gayanya Aina seperti sudah tidur. Tiba- tiba ‘Ting!’ mentol sudah menyala di atas kepala Megat Shaeizlan, tandanya tanduk di kepalanya juga telah tumbuh. Tersengih- sengih jahat Megat Shaeizlan lalu dia bangun dan berjalan ke arah peti ais.

“Abang, cuba awak tengok anak teruna awak tu! Mesti dah tumbuh tanduk dia tu,” kata Siti Saleha kepada suaminya Megat Izzudin sambil menundingkan jarinya ke arah Megat Shaeizlan. Megat Shaeizlan sedang berjalan ke arah peti ais lalu mengosokkan tapak tangannya sambil tersenyum jahat tanpa menghiraukan mata ibu dan ayah yang sedang memandang ke arahnya.

Megat Izzudin hanya mengelengkan kepalanya apabila melihat perangai anak terunanya itu. Nampak sahaja dah besar panjang, tapi perangai…..ish.. ish.... Nauzubillah! macam perangai budak- budak tadika, monolog Megat Izzudin dalam hati.

Megat Shaeizlan terseyum-senyum sambil membuka pintu peti ais lalu di ambil beberapa ketul ais yang sudah beku. Sesudah di ambil beberapa ketul ais itu lalu dia  berjalan ke arah Aina.

Kelihatan Aina benar- benar terlena di atas sofa, Yes! jerit Megat Shaeizlan dalam hati. Dia mula meletakkan ais yang di pegangnya tadi di kedua- dua tapak tangan Aina, di kedua- dua tapak kaki Aina , di dalam badan Aina dan tiba- tiba ...

“Hurm…… sejuknya,” kata Aina dalam keadaan mamai. Apabila Megat Shaeizlan Nampak mulut Aina terbuka, cepat- cepat dia sumbatkan ais yang masih berbaki di tangannya ke dalam mulut Aina lalu dia terus menyorokkan diri. Segar terus mata Aina dan apabila dia bergerak sedikit habis semua ais jatuh bertaburan di atas sofa. Kemudian Aina mengeluarkan ais yang ada di dalam mulut dan didalam bajunya. Mukanya sudah berubah tona. Dalam hati Aina  menyumpah senarah abangnya itu, kerana dia tahu semua ini selalunya kerja Megat Shaeizlan sorang saja.

“ABANG!!!!!!!!!! ” jerit Aina dengan kuat. Agak-agaknya boleh roboh rumah banglo Tengku Izzudin. Aina berasa bengang apabila abangnya itu ganggu tidurnya. Aina ingin segera bangun tetapi sebelum itu dia mengubah dahulu posisi kakinya. Takut- takut nanti dia terjelopok pula.

“Alamak baby naga sudah keluarkan api, Cabut !!! ” jerit Megat Shaeizlan apabila melihat Aina sudah bangun dari sofa. Megat Shaeizlan sudah membuka langkah seribu apabila dia melihat adiknya itu sudah mencerlungkan mata ke arah nya.

“Cabut jangan tak cabut nanti ada yang hitam sebab kena dek apinya baby naga ni,” kata Megat Shaeizlan dengan kuat sambil melarikan diri. Ei.... teruknya abang aku ni.... tak ada gelaran lain ke yang nak di bagi aku, macam comel ke? Angle ke? kata Aina dalam hati sambil mengepal- ngepal tangan.

“Kurang asam punya abang,” jerit Aina sambil mengejar abangnya. Maka terjadilah aksi kejar mengejar antara dua adik beradik. Macam anjing dengan kucing, pantang di usik langsung kata Megat Izzudin dalam hati.

Siti Saleha dan Megat Izzudin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Mereka mengangkat punggung lalu berjalan ke kamar tidur mereka dek kerana malas mahu melayan kerenah adik- beradik itu.

“Wah, ini tak boleh jadi ni! boleh tahan laju jugak baby naga ni,” kata Megat Shaeizlan sendirian sambil meneruskan larian. Habis satu rumah mereka maraton pada malam ini. Terkejut Megat Shaeizlan apabila melihat di depannya itu ialah jalan mati. Cepat- cepat dia memberhentikan langkah takut- takut nanti dia terlanggar dinding. Megat Shaeizlan memusingkan badannya, mata tertancap pada muka adiknya yang sudah ada di hadapannya. Oh, my gosh! kata Megat Shaeizlan dalam nada separuh berbisik. Apabila Aina mendengar kata abangnya itu dia terus tersenyum tanda kemenangan.

“Hah! mana abang nak lari lagi?” tanya  Aina dengan nada sinis sambil bercekak pinggang. Megat Shaeizlan menjadi gugup. Tanpa sempat Megat Shaeizlan mengelak, dengan sepantas kilat Aina mencubit lengan abangnya.

“Ouch!....”terjerit kecil Megat Shaeizlan sambil mengusap-usap lenganya yang terkena cubitan berbisa adiknya itu. Aduh! Sakitnya macam ketamlah adik aku ni……agak- agaknya adik aku ni darah keturunan ketam kut.

“Abang mengutuk Aina ye?” tanya Aina. Eh? Macam mana dia tau ni?  Alamak kantoi sudah. Megat Shaeizlan hanya tersengih- sengih sahaja tanpa menjawab soalan Aina tadi.
“Adik ..... sakit tau lengan abang ni. Tak kesian ke kat abang? Boleh lembam sampai seminggu tau” kata Megat Shaeizlan dengan manja. Dia sebenarnya saja je cakap macam tu lagipun takkanlah nak bermanja- manja dengan adik sendiri pun tak boleh kan.

“Eh? Betul ke sakit? Siannya..... nak tak adik cubit satu badan? Tu baru saja lengan, belum lagi yang lain” kata Aina dengan selamba. Membulat mata Megat Shaeizlan apabila mendengar kata- kata Aina tadi. Mak ai? Takkanlah sampai macam tu sekali? Kejam gilar dowh adik aku ni, ni dah kira kes mendera namanya.

“Malaslah adik nak layan abang, daripada adik terus layan abang baik adik pergi masuk tidur dulu” sambung Aina lagi lalu tangannya dihulurkan tanda ingin menyalami abangnya itu.  Megat Shaeizlan sudah menjungkitkan keningnya lalu dia menyambut huluran tangan Aina itu dan apabila Megat Shaeizlan menyambut huluranya, Aina pun terus menyalami tangan abangnya itu sambil itu tangan Megat Shaeizlan di picit kuat lalu dilepaskan.

“Ei... nakal ya adik abang ni” kata Megat Shaeizlan sambil itu dia mengusap kepala Aina dengan kasar sehingga menyebabkan rambut yang telah sedia kusut itu bertambah kusut lalu dia melarikan diri masuk ke dalam bilik sambil menjelirkan lidah kepada Aina.

Aina yang hanya sempat melihat sahaja sudah berasa geram. Grrr! Aku campak jugak abang aku ni dalam lombong karang, haish!  

_______________________________________

Pendek sangat kan bab ni? nanti saya akan tambahkan lagi babnya insyaAllah. After spm :)




Novel: Kepada Dia (Prolog)


Hai,
Act ni novel dah lama juga.
Tapi tak ada orang tahu akan kewujudannya. Haha.
Saja je buat. Nanti ada masa insya'Allah akan try habiskan (after spm)

________________________

Prolog

“Why you gotta be soo rude?!!! I’m human tooo...!” nyanyi Amirr dengan kuat.

Pap!

“Adoi! Wey… apa pasal baling bola ni kat muka aku hah? Habis hilang kekacakkan aku ni” marah Amirr sambil itu dia mengusap- usap wajahnya yang terkena bola itu.

“Ceh! Perasan kacak betul. Suara dahlah macam katak puru sakit telinga aku dengar ni tau tak?” kata Harraz dengan selambanya. Suara dahlah sengau, ada hati nak nyanyi. Pikir kau tu Dato’ Siti Nur Haliza? kutuk Harraz dalam hati.

“Walaupun macam katak puru, sekurang- kurangnya muka aku ni handsome” puji Amirr pada dirinya sendiri.

“Muka kau tu, kalau disamakan dengan jamban separuh siap memang sebijik tau tak?” perli Harraz lalu dia pergi ambil bolanya yang sudah melayang jauh. Melayang? Erk... bantai sajalah.

“Woi! Tunggu!!! Kau nak pergi mana tu? Aku tak balas lagi apa yang kau cakap” jerit Amirr. Harraz yang sedang berjalan ke arah bolanya itu terus memusingkan kepalanya.

“Aku nak ambik bolalah. Kau pergilah sambung nyanyi lagu sumbang kau tu... nanti aku datang balik” balas Harraz.

“Razz!!!! Watch out!!!”

Pin! Pin!!!!

Dum!

Kini pandangan Harraz sudah menjadi gelap gelita. Dia hanya mendengar jeritan Amirr sahaja.


***


‘Di mana aku ni?’ bisik Harraz dalam hati sambil matanya melilau melihat sekeliling. Suasana di situ suram dan sepi. Dia mula merasakan kekosangan. Di mana yang lain?

Apabila pandangan mata bertemu dengan sesuatu yang berfigura seperti manusia, langkah kakinya berjalan laju ke arah tersebut. Dia ingin bertanya sesuatu kepada dia. Belum sempat dia sampai, figura tersebut memalingkan badannya menghadap ke arah Harraz.

Serta merta Harraz terkaku. Wajahnya yang hodoh nampak menyeramkan Harraz. Bibirnya mula terketar- ketar seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi dia tidak dapat. Saat makhluk hodoh itu datang menghampirinya, dengan segera dia membuka langkah kakinya untuk berlari menjauhi makluk itu. Tetapi malangnya dia tidak mampu bergerak. Kakinya seolah- olah di gam dengan tanah.

Peluh resa mula membasahi mukanya apabila makhluk hodoh itu semakin dekat menghampirinya. Dan makin lama makhluk itu makin dekat dan akhirnya makhluk itu berada betul- betul di hadapannya sambil menyeringai.

‘Allah’ Harraz cuba sebut. Tetapi dia tidak mampu mengeluarkan suaranya. Air mata mula mengalir di pipi. Ayat kursi yang pernah dia belajar selama ini dia cuba alunkan tetapi malangnya mulutnya seperti di gam.

“Kau akan bersama dengan aku” ujar makhluk itu sambil tersenyum seram.

Harraz menggelengkan kepalanya. Mulutnya ingin mengatakan tidak, tetapi sama seperti tadi dia tetap tidak mampu mengeluarkan suara. Ya Allah tolonglah aku...

“Kita akan bersama- sama dalam sana” jarinya di hala ke arah api yang menjulang- julang tinggi lalu dia tertawa besar. “Aku dah lama tunggu detik ini” sambung makhluk itu lagi.

Harraz menggelengkan kepalanya beberapa kali.

‘Tak! Aku tak mahu’ jerit Harraz tetapi malangnya suaranya tetap tidak mahu keluar. Air matanya semakin deras mengalir di pipi. Allah. Allah. Allah, tolonglah aku. Ampunillah aku. Berilah aku peluang Ya Allah. Aku menyesal.

Makin lama api itu makin menghampirinya. Makhluk hodoh itu tertawa suka. Tangannya menggapai tangan Harraz. “Kita akan bersama- sama masuk ke dalam ni, manusia bodoh”

Harraz cuba melarikan diri tetapi pegangan makhluk itu kuat. Makhluk itu menarik dia menghampiri api.

“Tidakkkkkkk”


***


TET... TET... TET....

“Harraz! Harraz! Bangun Harraz” panggil seseorang dengan nada melankolik. Air matanya menjadi peneman di sisi sepenjang Harraz tidak sedarkan diri. Dirinya mula menjadi cemas apabila mendengar bunyi mesin denyutan jantung itu berbunyi tetttttttttttttttttt sahaja. Tubuh yang kaku itu dia goncong dengan kuat.

“Harraz bangun Harraz! Jangan tinggalkan umi” raungnya pula. Tubuh yang kaku itu dia cuba goncang berkali- kali.

Abi Harraz segera mendapati umi Harraz lalu dia peluk umi Harraz daripada belakang. Dia cuba menyenangkan isterinya itu. Walaupun dalam hatinya sedih tetapi dia tetap kena tunjuk yang dia tabah di hadapan umi Harraz. Beberapa saat kemudian doktor bersama dengan beberapa orang nurse mula menerpa ke arah tubuh Harraz.

“Innalillahi wa innalillahi rajiun” ucap doktor tersebut usai dia check Harraz.

Umi Harraz terduduk. Dia menangis meraung- raung di situ. 

______________________________

Sorry x de sinopsis,
x de bab 1.
still edit balik bab 1 :) 
Hope can wait. Assif

Monday, 30 May 2016

Review Novel

1. Novel Mamat Muka Selenga- Aliesha Kirana
2. Novel My Mrs Seventeen- Ai Indah
3. Novel Encik Suami Mat Salleh Celup & Novel Encik Kutub Utara- Yumi Hyra
4. Novel Jodoh Untukku - Anne Wanie

Review Novel: Mamat Muka Selenga - Aliesha Kirana



SINOPSIS:

Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta?

NUR FATIHAH HUSNA - Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi, tak salah kan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salah, kan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia?


FAHMI NAZARUL AIN - Tengok dari bawah memang dah cukup segak, dengan tingginya macam model, tetapi bila lihat wajahnya, memang selenga habislah. Suara sudahlah macam petir lepas tu tersengih saja kerjanya. Hobi dia pula melalak dua puluh empat jam. Meluat betul aku!

“Saya dah nak tidur tahu tak? Boleh tak kalau main gitar tu esok aje? Tak aman ke jiwa awak kalau tak main gitar dengan menyanyi tu sehari?” - FATIH

“Orang tua-tua cakap, marah tu tandanya sayang.” - FAHMI

Semakin aku menyampah, semakin galak dia mengusik aku. Tapi bila dia senyap, aku pula yang rindu. Aduh kenapa dengan aku ni? Tak mungkin aku boleh suka dekat mamat sengal tu. Tak mungkin!

AYDAN DANIAL- Anak majikan tempat aku bekerja, wajahnya persis jejaka Korea, membuatkan hati aku tergoda tetapi wajah kacak begitu memang wajib jadi playboy ke? Baru saja nak jatuh cinta, jadi berbulu mata tengok dia berkepit dengan perempuan- perempuan tak cukup kain. Tapi manusia boleh berubah, kan? Hehe.

RAIN- Artis porpular tanah air yang segak dan bergaya, digilai ramai peminat tetap di sebalik popularitinya itu dia masih seseorang yang aku kenal, yang terlalu lama aku tidak bersu dan rindukan setengah mati.

Kenapa pada saat aku menanti jodoh persis Korea, dia yang muncul dengan sengihannya tetapi pada saat rasa suka itu baru saja mahu berputik, dia langsung tidak punya tanda mahu luahkan cinta? Adakah dia benar suka atau aku sekadar syok sendiri? Tega betul dia mempermainkan perasaan aku yang rapuh ini. Memang kurang asam jawa betul mamat ni!

Putih- putih melati, merah- merah delima,
Dalam banyak- banyak lelaki, kenapa mesti Mamat Muka Selanga?

____________________________________________________


Hai, Hari ini saya nak try buat review kali ke-2.
K ini daripada penulis favorite saya Aliesha Kirana.
Maaf kalau review ni macam pelik sangat (haha) Al maklum saya memang tak pakar buat review. 
Ni main taram je. 
Hope sudi terima. 
Haha.

Mamat Muka Selenga, Cerita ni berkisarkan tentang Fatihah Husna yang mempunyai taste yang tinggi dalam memilih bakal suami. Haha. Kalau boleh dia ni nak muka orang Korea. *tepuk dahi sambil geleng kepala* One day dia berjumpa dengan Fahmi. Time tu Fahmi ketuk pintu rumah Fatihah Husna sebab nak tanya mak ngah ana ada dekat rumah ke tak. Time tu dia baru sampai dekat KL. Dia tumpang dekat rumah Mak Ngah Ana. So masa dia tanya Fatihah Husna ni, dia cakap 'akak' dekat Fatihah Husna. Haha. Fatihah Husna pun sakitlah hati bila dengar tu. Haha. Sekali jumpa dia dah benci dekat Fahmi a.k.a Mamat Muka Selenga. 

Fahmi punya tempat kerja satu bangunan dengan Fatihah Husna. Best part bila dia gelarkan dirinya abang and panggil Fatihah Husna sebagai 'Husna' dan bukannya 'Fatih' macam orang lain dekat Fatihah Husna sebab hari tu Husna ni tegur Fahmi yang dia ni muda lagi. Hehee... Sweet part bila Fahmi sanggup tak naik motor and tipu Fatihah Husna (cakap motor dia rosak) ikut Fatihah Husna senyap- senyap pi  kerja and balik kerja naik LRT. Heeee.

Fatihah Husna. Kadang- kadang geram dengan perangai dia. Benci sangat dekat si Fahmi. Asal dengan Fahmi je dia cakap kasar huhu. Tapi bila dengan Aydan. Mak aih... Mula sanggup jadi kuli batak (iya ke? bagi akulah huhu) Fahmi tu sabar je. Always senyum. Haihh.. Aku lak suka dekat Fahmi kihkih.

Mana- mana Fatihah Husna pergi mesti ada Fahmi. I love it uhh... Haha. Ada part ni Fatihah Husna macam realize yang dia ni suka dekat Fahmi. Tapi bila dia jumpa dengan Fahmi balik masa dia pindah rumah (ada part yang mana Fahmi dah tak duduk dekat Mak Ngah Ana. Fatihah Husna rindu dekat dia. Pastu kawan si Fatihah Husna ni dah kahwin jadi dia pun pindah rumah) dia macam tak suka lak. Eihhh... Geram lak den bila baca haha. Rasa nak hempuk je si Fatihah Husna ni. Kejap suka Kejap tak. Haha. Main- main dengan hati dia ni haha. 

K. Rasa cukuplah buat review. Penat. Tak tau nak buat camner haha. Hope suka baca. Btw, ada part yang mana Fatihah Husna kena pi Korea sebab dia pernah minta sambung belajar dekat sana. Time diluluskan tu dia berat hati sebab time tu dia dah sure yang dia suka dekat si Mamat Muka Selanga. Haihh... Time dah suka lah dia nak pi Korea -.-'' Haha. Seterusnya boleh dapatkan dalam terbitan Karya seni or mana- mana kedai buku. Kalau susah sangat nak dapat, beli je online. Kalau takut kena tipu, beli je dekat Karya seni punya page. Dia jual online gak. Jangan risau dong ;)

Tamat sudah review saya.
*Tunduk hormat*
Bagi saia cerita ini best.
Bagi anda?
Saia tidak tahu.
Lain orang lain taste.

Salam bakal ramadhan Al Mubarak ;)

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita abadikan hari- hari kita dengan penuh bermakna.

Assalamualaikum.

Maaf atas salah dan silap