Tuesday, 31 May 2016

KYTH: BAB 2


K.Y.T.H- KASIH YANG TELAH HILANG

K.C- KU KEJAR CINTA MU

K.D- KERANA DIA

D.S.M- DI SEBALIK MEMORI

W.C.K- WARNA CINTA KITA

__________________________________________

BAB 2

Selepas sahaja Aina pulang dari sekolah, kelihatan perkarangan rumahnya riuh- rendah dengan kedatangan jiran- jiran tetangga. Aina yang melihatnya sudah menjadi pelik lalu dia pergi terus menonong masuk ke dalam kawasan rumah.

“Assalamualaikum” ucap Aina ketika dia sampai di hadapan pintu rumahnya. Matanya melilau sekeliling mencari kelibat ahli keluarganya. Kedengaran bacaan yassin bergema di ruangan rumahnya. Aina bertambah menjadi pelik. Ibu dengan ayah ada buat kenduri doa selamat ke? Soalnya dalam hati.

“Aina” bahunya di sentuh daripada belakang oleh Megat Izzudin. Dia memalingkan kepalanya menghadap wajah ayahnya itu. Senyuman tipis diberikan buat si anak yang baru pulang daripada sekolah.

“Ayah... Kenapa ...” belum sempat Aina bertanya dengan segera Megat Izzudin berkata sesuatu. Riaknya nampak mendung sahaja. Tidak seperti selalu, tersenyum ceria apabila dia pulang ke rumah.

“Jom naik atas tukar baju dulu”

Aina mengganggukkan kepala. Dia akur. Tak mengapa nanti mesti dia tahu juga.

Langkahnya membontoi ayahnya pergi ke belakang rumah. Aina pelik, kenapa mereka tidak masuk sahaja melalui pintu hadapan? Akhirnya mereka menaiki tangga untuk pergi ke biliknya menggunakan pintu dapur. Sesekali matanya cuba mengintai apa yang terjadi di ruang tamu tetapi tidak mampu. Pandangannya terhalang. Dia mengeluh sendirian.

“Kenapa tak masuk guna pintu depan ayah?”

Megat Izzudin senyap. Kepala Aina sudah disengetkan ke kiri sedikit. Apa yang terjadi sebenarnya?

“Aina pergilah tukar baju dulu ayah tunggu dekat luar”

Aina akur. Dia masuk ke dalam bilik lalu pintu di tutup sebentar. Beg yang tersangkut di bahu dia letak di rak yang telah disediakan. Beberapa minit kemudian dia sudah selesai dalam menukar baju. Dia mengenakan pakaian yang sopan kerana tadi dia ada menyedari rata- rata yang datang ke rumahnya itu semuanya memakai baju kurung. Takkanlah pula dia mahu pakai baju T- Shirt pula?

Tok! Tok! Tok!

“Aina dah siap ke?”

“Dah! Sekejap” pintanya lalu dia keluar daripada biliknya itu. Dia sudah siap memakai tudung sekali.

“Jom...” ajak Megat Izzudin.

Aina akur, lalu tidak sampai beberapa langkah dia terhenti seketika. Baru dia teringat sesuatu. Mana abangnya itu? Selalunya setiap kali dia pulang daripada sekolah sudah semestinya abangnya itu akan menyambutnya di rumah walaupun pada waktu itu itu sepatutnya berada di dalam ofis. Kata Megat Shaeizlan kalau tak tengok wajah adik kesayangannya ini dalam beberapa jam dia boleh mati kebuluran sebab tidak dapat menyakat Aina. Almaklum waktu kerjanya dengan waktu sekolah Aina bertindih dan ianya akan menyebabkan mereka jarang berjumpa kecuali semasa cuti sekolah dengan hari minggu.

“Abang mana ayah? Aina tak nampak pun dari tadi” soal Aina apabila melihat Megat Izzudin turut sama berhenti. Matanya melilau mencari kelibat si abang.

Megat Izzudin tersentak apabila mendengar soalan itu. Soalan itu membuatkan hatinya seolah- olah di robek- robek sahaja. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana di hadapan anak bungsunya itu. Senyuman hambar dia cuba ukirkan pada bibir tuanya itu.

“Abang tunggu dekat bawah. Jom turun” ujarnya lalu dia pergi turun meninggalkan Aina di situ sendirian.

Aina tersenyum lebar. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan abangnya itu. Nanti dia mahu tuntut hadiah yang abangnya janjikan semalam. Dengan gembiranya dia turun ke bawah tanpa menyedari sebarang perubahan kepada suasana rumahnya itu. Dia sudah membayang hadiah jenis apakah yang abangnya mahu berikan kepadanya. 

Saat kaki sudah sampai ke ruang tamu dengan serta merta senyumannya mati. Matanya melekat kepada sekujur tubuh yang sudah kaku di tengah- tengah sana. Seperti tidak percaya sahaja apabila melihatnya. Lantas air matanya mula menitis satu persatu. Muka orang itu... Muka orang itu persis seperti muka abangnya... Mulut di tekup oleh tangan.

Dengan perlahan langkah kakinya mula mendekati tubuh yang sudah berbalut dengan kain kapan. Wajah itu nampak tenang sahaja di matanya. Tetapi hatinya tidak. Esakkan mula kedengaran.

“Abang...”

Senyap

“Abang... bangunlah...” pinta Aina dengan lirih sambil tangannya cuba menggoncangkan tubuh yang kaku itu. Malangnya tubuh itu tidak menunjukkan sebarang respon.

“Abang dah janji dengan Aina kan? Abang kata abang nak kasi hadiah hari ni.... Abang... bangunlah...” suaranya sudah mula bergetar. Puan Saleha yang berada tidak jauh daripada situ dengan segera mendapatkan anaknya itu. Tubuh kecil itu dia peluk dengan erat bagi menenangkan anaknya itu. Air matanya juga tumpah buat kesekian kalinya lagi apabila melihat keadaan Aina itu.

“Ibu... Kenapa abang tak nak bangun? Kenapa dia tidur bu? Dia kata dia sayang Aina. Kenapa dia pergi dulu bu...?”

Puan Saleha senyap. Dia tidak dapat memberi sebarang jawapan pun kepada Aina. Bukan Aina seorang sahaja yang sedih, tetapi dia juga. Orang yang berada di sekeliling itu sesekali memandang mereka dengan wajah simpati. Kasihan apabila melihat keaadaan Aina yang seolah- olah tidak dapat menerima kenyataan.

“Ibu... Abang kenapa tak nak bangun ni? Aina nak cakap dengan dia ni bu... Kenapa dia tidur lagi?” soal Aina lagi sambil memandang wajah ibunya dalam keadaan yang kabur akibat air matanya yang masih setia mengalir. Seperti di tusuk belati jantungnya apabila mendengar anaknya itu bercakap sebegitu. Pelukkan dia eratkan lagi sambil mengusap belakang anaknya itu.

“Abang dah tak de Aina...”

Aina bungkam apabila mendengar ayat itu.

“Abang dah tak de... Terima kenyataan...” pinta Puan Saleha dengan lirih.

Pelukkan yang erat dengan segera Aina longgarkan. Dia sudah berdiri. Dengan penuh amarah dia memandang wajah ibunya itu.

“Ibu penipu!!!!” jeritnya dengan kuat.

Puan Saleha sudah mula ikut sama berdiri. Kedua- dua bahu si anak sudah dia pegang.

“Abang dah pergi Aina... Abang dah pergi tinggalkan kita semua”

“Tak! Tak! Ibu tipu! Ibu tipu! Abang takkan tinggalkan kita. Dia kata dia takkan tinggalkan kita bu... Dia sendiri yang kata” Aina menafikan segalanya. Kepala sudah digelengkan beberapa kali lalu tangan tua Puan Saleha memegang kedua- dua pipi Aina yang masih basah itu.

“Aina...”

“Ibu... Tolong kejutkan abang ibu... Kenapa hari ni abang tidur lagi”

Mata yang telah kering daripada air mata mula basah semula. Kepala Aina diletakkan di atas bahunya lalu dia mengusap kepala berbalut dengan tudung itu dengan lembut.

“Shhh... Jangan nangis... nanti kita jumpa abang lagi eh?” Jumpa maksud Puan Saleha ialah semasa sudah berada di dalam syurga nanti. Aina menganggukkan kepalanya perlahan. Sungguh dia mengharapkan selepas ini mereka akan lebih tabah menghadapi ujian. Semoga Lan tenang dekat sana...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).     


BUKU Janganlah Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia karya Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Aina peluk dengan erat. Hadiah yang terakhir yang dia terima daripada abangnya itu. Air matanya mengalir di pipi. Buku itu diberikan kepadanya selepas tamat majlis pengebumian abangnya itu. Buku itu seperti tanda bahawa abangnya tidak mahu melihat dia bersedih. Tetapi malangnya dia semakin sedih. Kesedihan itu mungkin tidak akan dapat dirawat melainkan dengan abangnya kembali kepadanya semula.

Tubuh yang mengekrot di atas di atas katil dia luruskan lalu duduk. Sebenarnya sekarang ini dia berada di dalam bilik arwah abangnya itu. Dia rindu kepada abangnya itu. Rindu sangat- sangat. Gelak tawanya, senyum manisnya, dan gurauannya itu. Semuanya Aina rindu. Malam semakin larut, tetapi dia tetap setia berada di dalam bilik itu tanpa mahu pulang ke kamar tidurnya sendiri. Matanya tidak terasa memberat sekali pun.

“Abang...” panggil dia sendirian.

“Abang... Mana abang?” sejurus itu matanya tertancap kepada kelibat bayangan putih. Dia kaget. Mungkin itu abang dia. Dia turun daripada atas katil lalu mengikut arah bayangan putih yang di nampak olehnya itu. Langkah kakinya semakin lama semakin laju untuk mengejar bayangan itu.

“Abang... Tunggu! Abang nak pergi mana? Aina rindu abang...” ujarnya dengan lirih sambil itu dia pantas mengejar bayangan itu.

Apabila sampai di ruang tamu tiba- tiba bayangan itu hilang di sebalik pintu itu. Dengan tergesa- gesa Aina buka lalu keluar daripada rumah. Pintu pagar tidak dilupakan juga dia buka. Di sebalik kesunyian dan kegelapan malam yang kian pekat Aina terus berjalan mencari kelibat putih itu tadi.

“Abang!” jerit Aina buat kesekian kalinya lagi. Kini wajah itu dia nampak dengan jelas. Wajah abangnya itu sedang tersenyum manis sambil memandang ke arahnya. Dengan langkah yang perlahan Aina mula menyeberangi jalan yang memisahkan jaraknya dengan abangnya itu tanpa memandang kiri kanan pun.

Tiba- tiba,

Pin! Pin! Pin!

Kedengaran bunyi hon bertalu- talu daripada sebuah kereta yang berjenama BMW. Aina terkejut saat kepala menoleh ke arah kenderaan itu. Kakinya seolah- olah di gam rapi, lalu dalam beberapa saat kemudian.

Dum!

Aina sudah tercampak jauh. Badannya kini sudah mula di basahi dengan darahnya sendiri. Dari seberang jalan yang sana dia lihat susuk tubuh abangnya yang semakin menjauh. Air matanya kian lebat keluar sambil tangan cuba digerakkan untuk memberhentikan langkah abangnya itu.

“Cik.. Cik okey ke?” tanya pemuda itu dengan cemas.

“A.. Abang...”

Dan saat itu pandangannya mula gelap. Dia sudah tidak nampak apa- apa lagi.


“DOKTOR, macam mana dengan keadaan anak saya?” tanya Puan Saleha dengan terburu- buru apabila doktor tersebut lepas keluar daripada bilik anaknya itu. Dia berasa cemas apabila mengetahui Aina terlibat dalam kemalangan.

“Alhamdulillah, keadaan anak puan stabil. Cuma kepalanya mengalami sedikit hentakkan yang kuat semasa perlanggaran berlaku tadi. Saya harap tidak akan ada berlaku sebarang pendarahan pada otak dia. Nanti kami akan cuba scan untuk melihat kondisi otaknya”

Puan Saleha melepaskan nafas lega apabila mendengar ujaran doktor itu tadi. Lega hatinya seketika.

“Agaknya bila anak saya akan sedar ye?” tanya Megat Izzudin pula yang sedari dari tadi senyap sahaja. Doktor itu melemparkan senyuman buat mereka berdua.

“InsyaAllah dalam beberapa hari mungkin dia akan sedar. Kalau tak beberapa hari mungkin beberapa minggu. Bergantung kepada keadaan” jelas doktor tersebut.

“Jadi sekarang ni saya dah boleh jumpa anak sayakan?”

Doktor itu mengangguk.

Usai melihat anggukkan doktor itu terus sahaja Puan Saleha meluru ke pintu. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan anaknya itu.


PINTU yang tertutup rapat tiba- tiba terkuak, tersembul wajah seorang jejaka dengan bertemankan baju yang masih berdarah. Tetapi itu bukan menjadi tarikkan mata Puan Saleha dan Megat Izzudin, tetapi adalah wajah jejaka itu.

‘Ya Allah dugaan apakah ini?’ bisik Megat Izzudin dalam hati takala langkah jejaka tersebut mendekati mereka berdua.

“Saya minta maaf atas segala kejadian yang berlaku” ucap jejaka tersebut sambil wajahnya di tundukkan ke bawah.

Mata Puan Saleha dengan Megat Izzudin masih tidak berkelip lagi memandang jejaka itu. Mereka masih dalam mood terkejut. Terkejut apabila melihat wajah jejaka tersebut. Wajah tersebut sangat sebiji dengan wajah arwah Megat Shaeizlan yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi. Akibat tidak dapat menahan rasa sebak, air mata Puan Saleha mengalir buat kesekian kalinya lagi.

“Lan...” panggil Puan Saleha apabila melihat raut wajah itu.

Jejaka itu terkejut lantas kepalanya di naikkan ke atas semula. Siapa Lan?

“Nama saya Shahril” ujar Shahril sambil itu matanya sempat menangkap Megat Izzudin sedang memeluk Puan Saleha yang mula menangis semula.

“Saya minta maaf atas apa yang terjadi. Sebenarnya saya yang langgar anak pakcik dengan makcik” beritahu Shahril tanpa selindung.

Megat Izzudin tersenyum nipis.

“Benda dah nak jadi nak. Tak perlu minta maaf, lagipun memang dah ketentuan Tuhan Aina nak kena langgar”

Shahril melepas nafas lega. Nasib baik mereka tidak menyalahkan dia. Sekurang- kurangnya tidaklah dia rasa serbesalah sangat.

“Nanti saya bayar kos pembelanjaan sepanjang anak pakcik dengan makcik dekat hospital ni” tawar Shahril.

Megat Izzudin geleng kepala tidak mahu. Tidak mengapalah, dia mampu membayar sendiri. “Susahkan kamu sahaja. Lagipun kami mampu lagi, terima kasih”

“Saya ikhlas nak bayar, tolong terima. Sekurang- kurangnya ia dapat hilangkan rasa serbesalah saya sikit”

Megat Izzudin menolak lagi.

“Tak pe, kamu gunalah duit tu untuk perbelanjaan sendiri”

Akhirnya Shahril akur. Tiada gunanya dia memaksa kalau orang tak mahu

________________________

Kalau korang nak tau after spm insya'Allah saya akan buat project novel version baru.
Genre: Adventure/Romance
Hope korang suka nanti.
Jalan cerita dah siap di rangka tinggal nak tulis je nanti
And, TQ to my english teacher, Allah, dll.
Diorg punca saya dapat idea.

*Masa nulis karangan i be a director, aku akan buat cerita apa haha*




No comments:

Post a Comment