Friday, 10 June 2016

Cerpen: Izinkan Aku



"A.. Abang..." panggil Adlina dengan suara takut- takut. Antara dengar tidak dengar sahaja suaranya. Bibirnya juga sudah bergetar saat mahu memanggil suaminya itu. Tombol pintu di pegang dengan kuat dengan harapan dia mempunyai kekuatan untuk bercakap dengan suaminya itu.

"Kau nak apa?!" tanya Nadzi dengan garang. Buku novel inggeris yang dibacanya tadi di tutup sebentar lalu matanya terus memandang tajam ke arah wajah si isteri yang baru dia nikahi beberapa bulan yang lepas.

"Jo... jom makan?" Dum! Serta merta buku yang berada di tangan Nadzi di campak ke bawah. Bahu Adlina sudah terhincut sedikit akibat terkejut. Air mata yang bergenang di tubir mata di tahan seketika.

"Aku dah kata! Kalau nak makan, pergi makan sorang- soranglah! Tak payah nak ajak aku bagai! Kau blah sekarang!" halau Nadzi.

Bibirnya di kemam sebentar lalu Adlina tersenyum nipis saat telinganya di hidangkan dengan kemarahan sang suami. Sekarang ini, dia cuba untuk mendidik dirinya dengan sedaya upayanya untuk menjadi wanita yang kuat.

'It's okay Ad, He (Allah) always with you. Kau kena bersabar sebab Allah suka orang yang bersabar ni. Just anggap ni satu benda yang bersifat sementara sahaja' pujuk hati Adlina.

Nafas di tarik dengan sedalam- dalamnya sebelum dilepaskan. "Ad, mintak maaf bang. Kalau macam tu Ad pergi dululah" pintanya diri dahulu lalu langkah kaki di bawa pergi dari bilik itu.

Air mata yang sejak dari tadinya di tahan, akhirnya terlepas jua.

'Aku tak kuat... Aku tak kuat...' kata Adlina dalam hati lalu tubuhnya jatuh melorot ke bawah.

Esakan mula kedengaran dari bibir munggilnya. Tangan dilekapkan di dada lalu bajunya di cengkam  dengan kuat. Itu sudah cukup menunjukkan bahawa hatinya cukup terguris dengan kata- kata suaminya itu.

"Kenapa kau selalu buat aku macam ni Nadz? Apa salah aku sampai aku kena tanggung semua ni? Apa salah aku sampai aku di layan macam ni?" kata Adlina sendirian di dapur itu.

Tangannya di gengam dengan kuat takala memdengar rintihan si isteri. Giginya sudah berlaga di antara satu sama lain bagi menahan rasa yang mula menggigit tangkai hatinya itu. Rasa menyesal pula diri ini takala tiba- tiba sahaja dia mengubah fikirannya untuk makan bersama- sama dengan Adlina di bawah. Kalaulah dia tidak berubah fikiran, sudah pasti halwa telinganya tidak akan mendengar apa tidak sepatutnya dia dengari.

Nadzi manahan rasa simpati yang mula menjentik hati. Sungguh dia benci memdengar esak tangis seorang wanita kerana hatinya sangat rapuh. Kaki di bawa ke arah Adlina yang masih terus menangis di situ.

Terkejut Adlina saat itu apabila melihat ada sepasang kaki dihadapannya. Kepala di dongak ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang berada di hadapannya itu.

'Nadz?' Adlina terpaku.

"Kau buat apa kat sini? Tadi beriya- iya ajak aku makan" tegur Nadzi dengan nada yang dingin.

"Ak.. Ak.. Aku..."

"Aku apa? Dahlah. Aku nak makan. Cepat hidangkan nasi kat aku" arah Nadzi lalu punggung di henyakkan di atas kerusi.

Sisa air mata yang masih berada di pipi di seka olehnya lalu bibir menguntumkan senyuman manis buat si suami.

Sungguhpun seringkali dirinya di marah. Tetapi rasa sayangnnya terhadap si suami tetap ada. Malah makin bercambah rasa sayang itu. Adakah ini dinamakan cinta? Arghh... Adlina menggelengkan kepalanya. Mana mungkin dia mampu mencintai suaminya sedangkan tiap- tiap hari halwa telinganya dihidangkan dengan rasa marah oleh sang suami. Ya tak mungkin. Aku just sayang dia sebab keluarga dia dah banyak tolong aku. Itu je.

*****

“Kau ada nak pergi mana- mana tak?” soal Nadzi tiba- tiba.

Adlina yang sedang khusyuk potong bawang menjadi terkejut apabila tiba- tiba mendengar suara Nadzi. Dia menjadi gelabah lalu tanpa sengaja pisau yang digunakan bawang sudah terhiris di jarinya.

“Auch” Adlina mengaduh sendirian. Jari yang berdarah dia tatap seketika lalu tak sampai beberapa saat kemudian Nadzi dengan tarik tangannya itu.

“Lain kali kalau nak potong bawang jangan berangan. Kan dah luka” bebel Nadzi lalu tangan Adlina itu di bawa ke singki untuk di basuh. Berkerut- kerut muka Adlina menahan sakit apabila air mengena kepada lukanya. Bukan kecil luka yang dia buat, tapi sampai nampak dagingnya sekali. Ngeri Adlina tengok.

“Duduk situ kejap, aku ambik first aid”

Adlina akur. Tak sampai beberapa minit Nadzi datang kembali lalu dia merawat luka Adlina itu.

“Nah, dah siap. Lain kali jangan fikir jari kau tu bawang. Kalau tak jadi macam ni, sampai daging sekali nampak”

Adlina senyap. Matanya masih ralit memandang jarinya yang sudah di balut dengan handaplust. Nampak kemas dan cantik. Pandai Nadzi balut. Tapi, benda simple tu pun perlu puji ke? Err… Entahlah.

“Oi, kau dengar tak apa aku cakap ni?” suara Nadzi mula menerjah telinganya. Alamak, dia berangan.

“Er.. Er… Dengar- dengar!” jawab Adlina dengan gagap sambil tayang sengih.

“Kalau dengar, aku cakap apa tadi?” soalan maut Nadzi membuatkan Adlina menggarukan kepala yang tidak gatal seketika. Dia cakap apa ye tadi?

“Er.. Err…”

“Er… Err…. Kalau macam tu sampai tahun depan takkan habis” Nadzi mula bangun, sejurus itu dahi licin Adlina dia jentik dengan kuat. Terjerit kecil Adlina seketika.

“Aku cakap jaga diri baik- baik, kalau ada apa- apa hal call aku” usai Nazdi berkata sebegitu dia mula pergi ke ruang tamu dan mengambil briefcasenya yang berada di atas sofa.

Hati Adlina berbunga- bunga apabila mendengar pesanan Nadzi itu. Dia terasa seolah- olah dia di sayangi. Adakah ini bermakna Nadzi sudah mula mahu menyayangi dia? Kalau ya, dialah wanita yang paling bahagia sekali.

“Saya tak ada nombor awak” Kaki yang hendak di bawa keluar, terus terhenti apabila mendengar kata Adlina itu.

Nadzi mengerutkan dahinya seketika. Dia baru sedar akan sesuatu. Kenapa dia terlalu kisah sangat fasal Adlina?

“Tak payahlah! Menyemak je aku ada nombor kau”

Zap!

Kata- kata itu merobekkan hati Adlina. Mukanya berubah sayu apabila mendengar kata- kata itu. Sakitnya hati hanya mampu dia pendamkan. Tiada seseiapa yang sudi merawat hatinya itu. Lantas senyuman hambar terukir di bibirnya.

Nampaknya segala perkara yang di lakukan Nadzi mungkin atas dasar simpati sahaja. Ya, simpati.

DING DONG!

Kedengaran loceng rumah di tekan berkali kali di luar. Adlina lantas tergopoh- gopoh keluar untuk membuka pintu pagar rumah itu.
Terkaku dia di situ saat matanya melihat gerangan yang menekan loceng hadapan rumahnya itu.

Amilyia Dilaila, kenapa dia ada di sini? Adakah dia mahu memporak perandakan rumah tangganya yang telah tersedia porak peranda ini? Atau dia sengaja datang melawat kami?

Adlina jadi panasaran. Apa yang perlu dilakukan olehnya? Perlukah dia untuk membuka pagar rumah lalu membenarkan Emy masuk? Ataupun pergi masuk ke rumah semula tanpa mahu membenarkan Emy masuk? Dia takut andainya sesuatu perkara buruk bakal Emy lakukan di rumahnya. Lagi pula, pada waktu ini Nadzi tiada di rumah. Dia sedang bekerja, jadi tinggallah dia keseorangan di rumah.

"Adlina"

"A.. A... Apa? Eh... Kenapa kau datang ke sini?" tanya Adlina dengan gagap. Pintu pagar masih belum di buka dibiarkan begitu sahaja.

"Aku just nak melawat korang. Nadzi ada?"

Adlina menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu takpelah. Aku dengan Hadif pergi balik dululah. Bye."

"Eh... Err... Emy... Kau tak nak masuk dalam ke?" terkoncoh- kocoh Adlina membuka pintu pagar rumahnya. Emy tersenyum saat mendengar ajakan Adlina.

"Eh! Susah susahkan kau je. Tak pelah, lagipun Nadzi tak ada kan?" langkah kaki yang dibawa untuk pergi ke kereta terhenti apabila Adlina pegang tangan Emy.

"Kau tak perlu risau. Nanti Nadzi baliklah tu. Jom masuk rumah aku? Ajaklah Hadif sekali"

Emy tersenyum senang mendengar ujaran Adlina itu. Nampaknya kerja dia menjadi mudah selepas ini. Wajahnya dia palingkan menghadap Hadif yang setia berada di dalam kereta. Dia menganggukkan kepalanya tanda mengatakan Hadif bisa masuk sekali ke dalam rumah bersama dia.
Usai Hadif keluar, dia, Adlina dengan Emy berjalan beriringan menuju ke dalam rumah banglo yang agak besar itu. ‘Hurm… cantik juga rumah yang diorang duduk ni’ bisik Emy sendirian.

“Korang duduklah dulu, aku buat air kejap”

Emy dengan Hadif akur. Mereka duduk dekat sofa yang di maksudkan oleh Adlina itu tadi. Apabila kelibat Adlina sudah tidak kelihatan,  Emy pandang ke arah Hadif. Dia memberi isyarat dengan hanya gerakkan matanya sahaja.

Hadif mengangguk faham dengan maksud Emy. Lantas tangan menerima sehelai sapu tangan yang baru sahaja dituangkan dengan chloroform.

Langkah kaki di bawa ke arah dapur. Kelihatan Adlina sedang khusyuk sekali mengacau air teh. Dengan penuh berhati- hati, dia datang mendeketi Adlina lalu dengan pantas hidung Adlina di tekup dengan sapu tangan tersebut.

Adlina terkejut. Dia cuba meloloskan dirinya tetapi malangnya kudratnya tak kuat. Tidak lama lepas itu pun dia sudah terkulai layu akibat bau cloroform tersebut.

****

"What the hell are you doing Adlina!" suara Nadzi mula memetir apabila melihat keadaan Adlina yang tidak berpakaian langsung sambil tidur di sebelah Hadif. Dadanya berombak kencang. Tidak sangka dia ini rupa- rupanya kerja Adlina semasa dia tiada. Dasar perempuan murahan!

Belakang Nadzi Emy usap dengan lembut. "Kan I dah kata, dahlah... Bersabarlah you..." ujar Emy dengan gediknya. Di belakang dia hanya tersenyum sinis sahaja apabila rancangannya berjaya.
'Padan muka kau Adlina' bisik dia sendirian.

Nadzi datang mendekati Hadif yang baru bangun daripada pembaringan, lalu tumbukkan sulung di hadiahkan kepada lelaki itu.

"Tak guna, rupanya kau ada affair dengan isteri aku"

Hadif tersenyum sinis.

"Well, aku kesian dekat isteri kau. Dia sepatutnya dapat apa yang dia nak, tapi suami dia tak dapat bagi"

Dush! Dan buat kesekian kalinya Nadzi tumbuk muka Hadif. Sungguh sakit hatinya apabila mendengar ayat itu. Rupanya hal rumah tangga mereka pun Adlina bagitahu kepada Hadif? Dasar perempuan tak guna.

“Kau keluar sekarang! Kau keluar!!!” halau Nadzi.

Hadif masih setia melemparkan senyuman sinis. Saat mereka berselisih sempat lagi dia berbisik sesuatu kepada telinga Nadzi.

“Thanks share bini kau dengan aku” usai berkata sedemikian terus dia dengan Emy pergi keluar daripada rumah itu.

Genggaman tangan Nadzi genggam dengan kuat.

“Setan kau Dif!”

Akibat terdengar jeritan yang kuat, Adlina mula bangun daripada pengsan. Kepala yang terasa agak berputar dia picit sedikit. Keadaan sekeliling dia cuba amati. Sempat matanya menangkap wajah marah Nadzi di situ. Jantungnya berubah rentak apabila mula menyedari dirinya langsung tiada seurat benang sekalipun.

‘Ya Allah, apa yang terjadi ni’ bisiknya sendirian. Matanya kini dikalihkan semula menghadap wajah Nadzi yang mula mendekatinya. Kelihatan Nadzi mula mendekatinya sambil membuka tali pinggangnya itu. Dia mula menjadi kecut perut. Apa yang Nadzi nak buat ni?

“A.. Abang, nak buat apa ni?” soalnya dengan gagap. Dia nampak Nadzi melibas- libas tali pinggang itu di udara beberapa kali. Dia telan air liur dengan payah. Harap- harap janganlah Nadzi mahu memukul dia. Serius dia takut. Tambah- tambah lagi dengan wajah bengis yang di tayangkan oleh Nadzi itu, lagilah bertambah gerun dia.

“Kau sengaja naikkan darah akukan?” ujar Nadzi lalu sejurus itu tubuh Adlina dia libas dengan tali pinggang miliknya. Terjerit Adlina saat libasan itu tepat kena pada badannya. Air mata mula menitis di pipi. ‘Ya Allah, sakitnya…’ rintih Adlina dalam hati.

“Dasar perempuan murahan! Bila aku tak ada, ini kerja kau rupanya. Berzina dengan lelaki lain dekat belakang aku!” sambil dia berkata sebegitu, sambil itu dia terus melibas badan Adlina berkali- kali tanpa belas kasihan. Puas Adlina menyuruh Nadzi berhenti, tetapi Nadzi tetap dengan tindakkan. Dia masih setia memukul Adlina dengan tali pinggang miliknya.

Setelah dia puas pukul tubuh itu, kini dia mula membuka satu persatu butang baju miliknya. Adlina yang melihatnya menjadi semakin gerun. Air matanya semakin lebat menuruni ke pipinya. Kepalanya di gelengkan beberapa kali.

“Abang.. tolong jangan buat Ad macam ni… Tolong abang” rayu Adlina sambil tangannya di bawa menghalang pergerakan Nadzi yang sedang membuka butang baju.

Wajah Adlina Nadzi pandang dengan bengis lalu dia tarik tangannya semula. Pipi Adlina menjadi sasaran tamparan tangannya. “Kau duduk diam! Bukan ni yang kau nak?! Kau nak aku bagikan apa yang kau tak dapatkan!”

Tubuh Nadzi sudah ditindihkan di atas tubuh Adlina lalu dengan sedaya upaya Adlina cuba tolak badan itu supaya menjauhi dirinya. Dia menangis teresak- esak. “Abang, please jangan buat Ad macam ni” Adlina merayu lagi. Kini habis mukanya dia menjadi sasaran bibir Nadzi.

“Kau diam! Kalau tak lagi teruk kau kena dengan aku!” marah Nadzi.

Akhirnya Adlina akur. Tiada gunanya dia menolak, kerana dia tahu akhirnya nanti dia tetap akan kalah. ‘Kenapa kau buat aku macam ni Nadz?’ rintih dia dalam hati lalu dia merelakan apa yang terjadi ke atas dirinya.

*****

Selepas daripada kejadian itu, Adlina mula berubah menjadi senyap. Kini dia hanya duduk terperap di dalam bilik sahaja. Urusan mengemas rumah, memasak, menjaga makan dan pakaian Nadzi semua dia tinggalkan. Dia bukannya apa, tetapi dia cuma takut sahaja untuk bertemu dengan Nadzi. Andai mata mereka bertemu, sudah pasti detik hitam itu bermain di matanya. Dia tidak mahu menginggatinya lagi. Tolonglah! Dia harap semua itu hanya mimpi sahaja.

Manakala Nadzi pula mula gelisah tidak menentu. Sungguh dia rasa serbesalah dengan apa yang telah dia lakukan. Segala kerja dipejabatnya dia tidak dapat beres dengan baik. Malah dirinya juga tidak dapat dia uruskan dengan sendiri. Kusutnya hatinya, tiada siapa yang tahu. Andai masa boleh di undur, mungkin dia tidak akan memperlakukan sebegitu kepada Adlina.

Muka di raup dengan kasar. Serius dia serabut sekarang ini. Kalau boleh dia taknak pergi masuk pejabat menghadap segala perkara yang mungkin boleh menyerabutkan dia lagi.

“You…” panggil Emy lalu leher Nadzi dia peluk dari belakang. Sempat lagi dia bermain- main dengan dada bidang Nadzi.

Nadzi melepaskan keluhan kasar. Sejak bila minah ni masuk dalam bilik dia? Sumpah dia tak perasan. Pelukkan Emy dia leraikan. Walaupun dulu dia sudah biasa dengan semua ini, tetapi entah kenapa sekarang dia berasa rimas. Dia sudah mula tidak biasa dengan suasana ini.

“Please, I tak de masa nak layan you” ujar Nadzi lalu fail yang berlambak di atas mejanya dia ambil dan selak beberapa kali. Sengaja dia buat- buat sibuk walaupun sebenarnya dia tidak tahu apa yang dia buat ini.
Bibir Emy dimuncungkan panjang. “Ala.. you nikan sengaja cakap macam tukan? Lagipun I dah lama tak nampak you dekat kelab… I rindu you.” Permintaan Nadzi dia buat tidak tahu, lalu buat kesekian kalinya lagi leher jejaka itu menjadi mangsa pelukkannya.

Nadzi diam. Kata- kata Emy itu benar. Sudah lama dia tidak pergi ke sana. Kalau dahulu, itulah tempat kegemarannya melepaskan gian. Tetapi sejak dia bernikah dengan Adlina, jarang sekali dia pergi ke sana. Entahlah kenapa. Berubah angin mungkin.

Krekk… Pintu bilik di buka perlahan dari luar. Tersembul muka Adlina di sebalik pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat situasi itu. Tangan digenggam dengan kuat. Tidak sangka, ini rupanya kerja suaminya. Kata dia perempuan murahan, tetapi Nadzi itu apa? Binatang!
Pelukkan Emy Nadzi rungkaikan dengan segera lalu dia berdiri.

“Ad, apa yang awak nampak ni salah faham”

Adlina tersenyum sinis.

“Ya, saya salah faham. Salah faham dalam mengenali suami saya sendiri. By the way, abang silalah teruskan agenda abang tadi. Maaf mengganggu” selepas berkata sedemikian terus Adlina pergi keluar daripada bilik itu. Tanpa tangisan dan rasa sedih. Selalunya isteri lain akan menangis apabila melihat suaminya sendiri curang. Tetapi tidak dia. Dia sudah awal sedia maklum pada awal perkahwinan mereka bahawa Nadzi memang tidak akan pernah suka kepada dia. Jadi atas sebab apa dia perlu sedih? Biarlah Nadzi gembira dengan hidup dia.

Andai Emy tidak menyuruh dia datang ke situ, agaknya entah apa lagilah yang dia tidak tahu lagi tentang Nadzi. Perut yang kempis itu dia usap dengan lembut. Senyuman tipis terukir di bibirnya. Nampaknya anaknya ini mungkin bakal menerima nasib yang sama dengannya. Tiada kasih sayang daripada seorang ayah.

“Emy, let me go!” arah Nadzi sambil dia cuba merungkaikan pelukkan erat Emy dibelakangnya.

“I won’t”

“What wrong with you Emy. Please stop it!” suara Nadzi sudah mula kasar. Lantas dengan kuat tubuh Emy dia tolak menjauhi dirinya.

“Don’t disturbe me!” usai berkata sedemikian dia terus pergi mengejar Adlina yang sudah semestinya makin jauh. Tergopoh- gopoh dia apabila mahu menuruni tangga. Lif yang ada, dia tidak guna kerana dia takut terlewat. Please, dia berharap sangat Adlina tidak pergi jauh lagi.

Emy tersenyum sinis apabila melihat Nadzi mula hilang daripada pandangan matanya. Lantas tangan menggagau beg tangan lalu di ambil telefon pintarnya. Nombor Hadif dia dail lalu apabila panggilannya sudah di angkat, terus sahaja dia memberi arahan.

“Mulakannya Dif”

Kini Nadzi sudah sampai di tempat pakir kereta. Matanya meliar mencari di mana isterinya. Kereta milik Adlina juga dia cuba mengecam di mana tempatnya. Mungkin Adlina masih ada di sini. Saat matanya terpandang susuk tubuh seorang wanita sedang berjalan menuju ke blok sebelah dia yakin itu Adlina. Dia melepas nafas lega. Nasib baik jumpa Adlina. Langkah kaki dipercepatkan menuju ke arah susuk tubuh itu.

“Adlina!!!” jerit Nadzi tiba- tiba saat terpandang ada kereta sedang menghala laju ke arah isterinya. Larian dia cuba lajukan semaksima yang boleh. Tetapi malangnya dia terlewat. Tubuh itu sudah terpelanting jauh lalu jatuh rebah ke bumi.

“Adlina!!!”

******

Kubur yang masih merah Nadzi pandang dengan sayu. Sedihnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalaulah dia sempat selamatkan, mesti perkara ini takkan terjadi. Orang yang mula berpusu- pusu pergi dia tidak hiraukan. Dia masih setia duduk di tepi kubur itu.

“Yang hidup tetap akan pergi” ujar Na’il kepada Nadzi apabila melihat Nadzi masih setia duduk di situ. Bahu sahabatnya itu dia tepuk beberapa kali.

“Baliklah, nanti kau datanglah melawat lagi” saran Na’il.
Nadzi menganggukkan kepalanya. Dia akur. Pintu kereta di buka lalu selepas enjin dibuka dia pandu laju kereta itu menuju ke rumahnya.

‘Selamat tinggal, semoga kau tenang di sana’ bisik Nadzi dalam hati.

******

“ABANG dah sampai?”

Nadzi tersenyum apabila mendengar suara itu menyapa telinga dia. Tubuh si isteri dia dekati lalu dahi Adlina dia cium dengan lembut.

“Abang rindu Ad” ucap Nadzi sambil menggenggam tangan Adlina.
Adlina mengukirkan senyuman manis.

“Ad pun rindu abang. Kami pun rindu abang” ujar Adlina lalu perut Adlina yang masih kempis, Nadzi usap dengan lembut.

“Papa pun rindukan baby”


*******

“Adlina?” panggil Nadzi dengan cemas apabila melihat di sebelahnya tiada Adlina. Mana Adlina pergi?

“Adlina?” panggil Nadzi lagi. Kini dia sudah bangun daripada pembaringan. Setiap ceruk rumah dia cari susuk tubuh isterinya itu. Tetapi tiada. Jangan kata isterinya itu larikan diri.

“Adlina, awak jangan tinggalkan abang…” monolognya sendirian dalam nada lirih. Kini sudah sudah jatuh terduduk. Mana perginya isterinya itu?

Lagu Pantas, mula kedengaran di corong telinganya. Itu bermakna ada orang sedang menelefonnya. Pasti itu Adlina! Mungkin dia mahu mengatakan dia pulang ke kampung halamannnya, getus Nadzi.

Telefon pintar yang berada di atas meja dengan pantas dia capai, lalu dia menjawab panggilan itu.

“Ad, mana Ad pergi?! Puas abang cari” terjah Nadzi.

Pemanggil di sana senyap.

“Ad? Kenapa senyap?” tanya Nadzi dengan pelik.

“Nadz, ni aku Na’il” jawab pemanggil di sana.

Nadzi menepuk dahinya apabila mengetahui pemanggil di sana adalah sahabatnya dan bukan isterinya. Tulah! Lain kali jangan main terjah je.

“Sorry, aku tak perasan weyh”

“Takpe.”

“Na”

“Ye?”

“Isteri aku hilang, Adlina hilang weyh. Lepas aku bangun tidur je, aku tengok dia dah tak de. Kalau ye pun dia nak balik kampung at least tulislah nota bagi tahu aku. Takpun mesej”

“Nadz”

“Ye?”

“Kau dah lupa ke yang isteri kau dah tak ada”

Terus terjatuh telefon pintarnya itu apabila mendengar ayat Na’il. Air mata lelakinya menitis mula menitis satu- persatu apabila mengingatinya. Ya, benar kata Na’il. Adlina sudah tiada. Dia sudah meninggal dunia akibat di langgar oleh kereta Honda Arcord dalam beberapa hari lepas. Dan yang amat dia kesalkan apabila mengetahui bahawa Adlina pergi meninggalkan dia bersama anak mereka yang baru berusia 4 minggu.

Sakitnya kehilangan. Peritnya kehilangan. Adlina pergi tanpa sempat dia minta maaf. Adlina pergi tanpa sempatnya dia meluahkan rasa cintanya yang mula bertapak di hati. Nampaknya Tuhan tidak mengizinkan dia membahagiakan isterinya buat kali terakhir.

Dan terdapat satu lagi berita yang amat dia tidak sangka- sangkakan apabila mengetahui punca sebenar kematian Adlina bersangkut paut dengan Emy. Emy kini hilang pergi melarikan diri. Dia kini di buru oleh polis di atas kes membunuh Adlina. Hadif yang membongkarkan segala- galanya dan kini dia sudah dimasukkan ke dalam penjara. Hendak marahkan mereka tiada gunanya, Adlina sudah pergi meninggalkan dia sendirian. Nampaknya inilah balasan Allah buat dia setelah apa yang dia lakukan. Senyum tangis, gelak tawa Adlina, semua itu sudah tiada. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan yang mungkin takkan kembali.

‘Andai Engkau izinkan aku untuk membahagiakan dia buat kali terakhir, akan aku jadikan dia wanita yang paling bahagia di dunia ini’

-TAMAT-

p/s: sorry if cerita tak best or pelik. i will try the best lepas ni tuk buat yg lebih ok. btw sorry if ada salah silap. Sorry For sad ending sbb cerita asal dia mmg ending dia macam tu cuma yg ni lebih kejam daripada hari tu. kalau nak cuba baca yang lama just comment and i will give it (InsyaAllah). jalan ceritanya pun adalah lain. Just klu dah bc yang lama tu sorrylah if macam ayat x sedap, merepek dsb. 

*Tunduk hormat*

Arigatou gozaimas

p/s (again?): abaikan gambar. mmg nampak x kena langsung dengan cerita kuang-2 haha. and sorry sbb saya mmg annoying

KISAH NADZI @ ADLINA
FAKTA YANG ORANG TAK TAHU DALAM CERITA NI & KALAU MAHU BACA SILAKAN ;)

1. Fasal tentang Adlina:

- Adlina merupakan adik angkat kepada Nadzi sejak dia kecil. Adlina tidak mengenali siapa pun mak atau ayah dia. Mereka sudah meninggal dunia sejak Adlina bayi lagi dan Adlina di jaga oleh kawan baik mak ayah dia, iaitu mak ayah Nadzi. Masa dia kecil dia, Nadzi dengan dia rapat bagai isi dengan kuku malah kalau kuku tercabut pun mesti tumbuh balik. Nadzi pernah menyelamatkan semasa dia hampir lemas di pantai dahulu. Di sebabkan Adlina merupakan seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga Nadzi jadi segala hal sekolah dan pembelajaran, dia tidak seperti orang lain. Dia belajar dalam rumah sahaja. Ambil SPM persendirian dsb.

2. Fakta tentang Nadzi:

- Merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Saya tak tulis mak ayah dia sebab saya tak reti letak banyak- banyak watak dalam satu cerita *ini jujur* Nadzi memang rapat dengan Adlina semasa kecil dahulu. Tetapi sejak dia duduk asrama dan bergaul dengan rakan yang kurang baik, perangai dia berubah. Dia mula jauh daripada keluarga dia. Selalu buat hal tetapi Alhamdulillah dia masih berjaya sampai ke menara gading. Istidraj? Huhu, bolehlah. Then dia mula menerajui syarikat ayah dia sendiri. Tetapi dia dengan wanita tidak pernah berpisah. Ibarat  isi dengan kuku. Disebabkan ayah Nadzi tahu yang si Nadzi ni memang jenis kaki perempuan dan memang tak pernah ada niat nak nikah untuk kasi dia cucu, jadi dia buat keputusan untuk nikahkan Adlina dengan Nadzi. Nadzi pun terpaksa terima dan dia memang kalau boleh nak seksa Adlina sebab dia fikir Adlina saja nak perangkap dia dengan pujuk ayah suruh dia berkahwin dengan Adlina. Then di situlah bermulanya cerita xD

Special Part:

"Uwek, Uwek... wekkk" bayi yang masih berusia 4 minggu itu mula menangis. Fardina terkoncoh- koncoh pergi ke arah baby cot lalu dia pangku bayi tersebut. Dia cuba menenangkan bayi itu.

"Kenapa ni awak?" tanya Nadim kepada isterinya apabila mendengar Adlina menangis tidak henti- henti dari tadi.

Fardina menggelengkan kepala tidak tahu.

"Entahlah bang, saya tak tahulah kena Ad nangis. Nak kata dia lapar, baru je tadi dia minum susu. Kalau buang air pula, tak de bau busuk pun dekat pampers dia"

"Cuba awak bukak kejap. Mana tahu badan dia naik ruam ke?"

Fardina selak baju Adlina. Tidak dilupakan juga dia buka pampers Adlina. Manalah tahu kalau ruam sebab tak sesuai pampers tu dengan dia. Tapi dia tengok okey sahaja semua. Kenapa Adlina menangis ni?

"Saya tengok okey je abang. Tak ada apa- apa pun. Ya Allah, kenapa Adlina nangis ni" Fardina cuak. Dia cuba pujuk Adlina berkali- kali tetapi malangnya Adlina tetap setia menangis. Wajah yang putih itu mula memerah.

"Meh kasi dekat abang. Biar abang cuba pujuk dia" Fardina memberi Adlina ke arah Nadim lalu Nadim cuba memujuk Adlina dengan pelbagai cara.

"Alolo.... Anak abah kenapa nangis ni? Cak! Cak!"

Adlina senyap seketika lalu tidak sampai beberapa saat kemudian tangisannya mula pecah kembali.

"Ibu, ayah, kenapa adik nangis?" Nadzi mula memunculkan diri setelah dia pulang daripada bermain bola sepak dengan kawan- kawannya. Dia mula mendekati ibu dan ayahnya yang masih cuba berusaha untuk meredakan tangisan Adlina.

Adlina menjadi senyap apabila melihat Nadzi. Dia sudah berhenti menangis.

Fardina dengan Nadim terkejut melihatnya. Beberapa saat kemudian Adlina mula merengek hendak pergi ke arah Nadzi. Fardina tergelak.

"Nampaknya Ad mahu abang dia lah, bang" ujar Fardina.

"Mana taknya, selalu dengan main dengan abang dia 24. Hah, Nadz pegang adik kamu ni kejap. Dia nak bermain dengan kamulah tu"

Dengan terpinga- pinganya dia ambil Adlina daripada pegangan ayahnya. Dia pandang wajah adiknya itu. Kelihatan Adlina tersenyum comel apabila berada dalam gendongan Nadzi. Perlahan- lahan bibirnyanya mula mengonyakkan senyuman manis. Pipi adiknya itu dia gomol sepuas- puasnya lalu Adlina tertawa riang.

"Ibu, ayah, kalau adik dah besar nanti abang nak jaga dia elok- elok"

Fardina dan Nadim tersenyum apabila mendengar kata- kata Nadzi itu.

Harapnya kata- kata Nadzi itu benarlah....


No comments:

Post a Comment