Friday, 10 June 2016

Cerpen: Servant (ongoing)


"Who care. I'm your servant and I will be your servant until I die"

__________________________________________________



Hidup aku adalah untuk menjaga dia. Menjaga dia dari apa sahaja yang datang untuk menyakiti tubuh badannya. Aku Nazmi berjanji akan cuba jaga dia dengan sebaik mungkin walauapapun yang terjadi kerana dia ....

"Naz!"


"Naz!"

Pap! Tamparan kuat hinggap dilenganku. Aku mengaduh seketika lalu ku usap- usap lenganku yang sedikit kemerahan akibat di pukul oleh Azmi itu tadi.

"Woi! Apa pasal kau pukul aku hah?!" marahku padanya. Mataku mencerlung tajam memandang wajah Azmi yang selamba derk itu. Bikin panas betul.

"Aku dari tadi panggil kau. Kau buat tak tahu sahaja. Tu yang aku pukul kau tadi. Asyik termenung je." jelas Azmi. Aku sudah termalu sendiri. Ok. Aku salah... ermm...

"Hah! Lagi satu Pn. Hami panggil kau tadi" sambung dia lagi. Aku terkejut.

"Buat apa dia panggil aku?" tanyaku padanya. Dia hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.

"Takpelah. Kalau macam tu aku pergi naik dulu. Thanks" ucapku padanya lalu aku pergi meninggalkan dia keseorangan. Dia hanya tersenyum sahaja lalu tangannya diangkatkan ke atas tanda 'bye'.

****

Tok! Tok! Tok!

"Masuk"

Langkah kakiku di bawa masuk ke dalam bilik yang tersegam indah itu. Aku tunduk hormat padanya sebelum aku pandang wajahnya yang tua itu. Walaupun dia sudah tua, tetapi dia tetap tampak manis dia mata aku. Wajahnya yang lembut itu sedikit sebanyak mendamaikan hati ku ini. Setiap kali aku memandang wajahnya, hatiku ini seringkali rasa rindu terhadap belaian seorang wanita yang bergelar ibu.

Dia tersenyum manis pabila memandang wajahku.

"Nazmi" panggil dia.

"Ye Puan"

"Awak dah sihat?" tanya dia.

"Dah Puan!"

"Serius?"

"Yes!"

"Awak baru sahaja lepas operation dekat hospital beberapa minggu lepas. Kenapa awak datang sini balik? Awak masih belum sembuh sepenuhnya lagi."ujarnya padaku. Aku tersenyum mendengar kata- katanya itu.

"Saya bosan duduk sana puan" 

"Tapi kesihatan awak lagi penting. Lagipun kalau awak paksa diri nanti terbukak lagi jahitan pada badan awak tu" bebel dia lagi. Risau sungguh dia padaku. Aku rasa serbesalah pula apabila melihat reaksinya itu. Sepatutnya dia lebih risaukan dirinya yang sentiasa berada di dalam bahaya berbanding dengan diriku ini.

"Saya tak kisah" jawabku.

"Tapi..." belum sempat dia mahu menyambung kata- katanya aku sudah memintas.

"It's okey puan. Puan jangan risau. Ini sudah memang tugas saya untuk menjaga puan. I'm your servant. So no need to worry with me."
Dia terkejut.

"Puan" panggilku pula.

"Ye"

"Saya nak tanya satu benda dengan puan"

"Apa dia?"

"Puan pernah ada anak tak?" Dan nyata soalanku membuatkan dia terkejut. Wajahnya berubah.

Dia senyap.

Aku pandang wajahnya. Aku inginkan jawapan. Jawapan kepada segala persoalanku ini. Dan nyata, harapanku hancur untuk mendengar jawapan daripada bibir tua itu. Aku hampa.

Bukan ini yang aku harapkan. Setelah beberapa minit yang lalu aku meminta diri dahulu.

"Takpelah puan. Saya keluar dulu." Aku pergi. Pergi keluar dari bilik itu. Aku membiarkan dia melayan perasaannya sendiri. Hati aku sakit. Sakit apabila dia hanya sepi tanpa menjawab persoalanku itu. Perasaan sakit itu tidak dapat langsung menandingi rasa sakit pada belakang badanku ini.

"Nazmi akan tunggu ibu. Nazmi akan tunggu waktu itu" ucapku sendirian lalu tumbukkan aku lepaskan pada dinding. Air mata lelakiku mengalir menemani pipiku.

__________________________________________

"Nazmi"

"Apa?"

"Apa impian kau?" 

"Hah? Apa punya soalan kau tanya ni Mi?" 

"Alah! Kau jawab jelah. Tak payah nak tanya aku balik" gesa Azmi. Aku terdiam seketika. 

"Aku nak jumpa ibu aku sebelum aku mati" jujurku.

"Mak cik Cama tu bukan ibu kau ke?" tanya Azmi lagi.

"Sejak bila kau jadi polis pencen ni Mi? Dah- dah, gi buat kerja. Nanti aku report dekat puan Hami baru tau" ugutku padanya lalu aku capai mug yang berhampiran denganku dan minum. Urm... Sedap jugak air ni, bisikku dalam hati.

"Naz" panggil Azmi.

"Apa lagi? Kan aku suruh kau sambung ker.... ja? Jap, ni bukan mug kau ke?" tanyaku dengan pelik. Aku belek- belek mug yang telah aku guna untuk minum tadi.  Sah! bukan mug aku. 

"Dah minum baru tau tu mug aku? Tadi minum tak sedar diri pulak?" 

"Err... Err... Weyhh puan Hami panggil akulah, bye... Aku blah dulu...." usai aku berkata sebegitu aku pergi membuat larian pecut. Hehe.

"Woiii Naz.... Air aku kau tak ganti lagiii!!!!!!!"

"Nanti aku gantilah kedekut" jerit aku lalu pap! Seperti nangka busuk. Aku sudah jatuh akibat tergelincir. Aduh! Malunya... jatuh saham aku... 

Azmi sudah tergelak terbahak- bahak saat melihat posisi aku ketika itu. Cis! bukan mahu tolong aku. Tiba- tiba tawanya terhenti. Aku pelik.

"Naz" panggil Azmi. Aku angkat kening sebelah.

"Nape?" tanyaku lalu aku cuba bangkit daripada pembaringan. Arghh! Kenapa susah sangat ni? Rungut aku dalam hati.

"Naz! Jahitan kau terbukak balik!" 

"Apa?!" jeritku lalu aku sudah pengsan di situ.

______________________________________________

"Tulah! Saya dah suruh awak rehat je kat hospital. Awak nak juga leave awal sangat. Kan jahitan dah terbukak balik" bebel Puan Hami. Aku di situ hanya tersenyum sahaja. Tiada reaksi menyampah, sakit hati atau lain- lain.

"Tengok tu! Saya tengah bagi nasihat boleh awak tersengih lagi? Cuba dengar apa yang saya nak cakap ni!" ujar Puan Hami dengan geram. Aku menggarukan kepala aku seketika sebelum berkata- kata.

"Hehe... Puan ni bebel kat saya macam saya ni anak puan je" dan ternyata kata- kataku itu menyebabkan riak wajahnya berubah. Aku tidak sangka pula yang mulut aku ni gatal sangat cakap macam tu. Ish! Aku kasi frying pan kat mulut aku ni kang mau seminggu tak boleh cakap. Padan muka! 

Sunyi sepi berlaku antara kami. Agaknya kalau ada cengkerik lagi bagus sebab ada gaklah yang nak memeriahkan kesunyian kami ini. Hurm... Puan Hami aku lihat hanya menunduk pandang ke lantai sahaja. Manakala aku hanya terbaring sambil menunggu bahawa ada bunyi yang akan memecahkan kesunyian kami. Speechless betulah aku ni!

"Naz... sebenarnya..." belum sempat Puan Hami menghabiskan ayatnya tiba- tiba pintu bilikku di buka oleh seseorang. Dan orang itu adalah...

"Naz! Kamu okey tak ni?" tanya Puan Cama dengan cemas.

"Ibu buat apa kat sini?" tanya aku dengan pelik. Langkahnya sudah mula mendekati aku. Puan Hami yang ada di situ dia buat tidak endah sahaja. Wajah aku dibelek berkali- kali olehnya.

"Kamu ni Naz! Kan ibu dah kata, tak payah susah- susahkan diri kerja sebagai bodyguard. Kan dah sakit ni? Ibu susah hati tau tak? Nasib baik Mar tak tahu! Kalau dia tahu nanti dia susah hati tau tak?" bebel Puan Cama pula.

Aku tayang sengihan pada Ibu. Nampaknya sesi bebelan kini sudah bertukar orang. Nak tak nak terpaksa dia menadah telinga mendengar bebelan ibunya pula. Huhu harunya hidup dia. Sepatutnya orang sakit di beri layanan yang baik, tetapi dia terpaksa mendengar bebelan orang. Agaknya boleh bernanah telinga dia kalau tiap- tiap hari macam ni.

Pap!

"Aduh... Ibu... kenapa pukul Naz ni? Naz kan tengah sakit..." ujarku sambil mengusap lenganku yang baru dipukul oleh ibu. 

"Lain kali jangan tersengih time ibu cakap. Cuba serius sikit! Walaupun kamu ni lelaki, kuat dan gagah, tapi kamu kena fikir tentang keluarga kamu. Kamu jangan ambil mudah tentang apa yang ibu cakap ni. Mar tu jangan kamu abaikan. Walaupun kamu ada kerja" 

"Sejak bila pulak Naz abaikan Mar ni ibu? Naz tiap- tiap minggu jumpa dia"

"Ibu cuma nasihatkan je... Lagipun kamu kut ye pun bekerja keras, jangan sakitkan diri. Jangan buat Mar susah hati. Lagipun Mar tu tengah mengandung. Kalau dia tengah susah hati macam mana? Perkara ni tak elok untuk kesihatan Mar tau"

Aku menganggukkan kepala aku. Memang ada benarnya setiap bait kata ibu itu. Tetapi urusanku belum habis lagi. Aku perlu menyelesaikan segala yang terpendam dalam hati. Lagipun dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri akan menjaga salah satunya ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah dengannya iaitu tak lain tak bukan mak kandung sebenarnya. Walaupun kehadiran Puan Cama sebagai ibu, tetapi Puan Cama tetap tidak akan dapat menggantikan ibu kandangunnya yang sebenar. Biarlah sementara ada masa ini dia mencari identiti ibu kandung sebenarnya.

********

"Naz dah kahwin?" tanya Puan Hami tiba- tiba semasa mereka berjalan di shopping mall. 


"A'ah"

"Owh... Saya tak tahu pun. Nanti kalau saya nak jumpa dengan isteri awak boleh? Lagipun saya tak pernah tau siapa isteri awak. Mesti dia cantikkan?" tembak Puan Hami. 

Aku tergelak kecil apabila mendengar ujarannya itu. Serta merta mataku mula terbayangkan wajah Mar yang sedang berbadan dua. Bila ingat tentang hal itu aku mula jadi tidak sabar untuk menjadi seorang ayah. Urm... Tak silap dia tinggal lagi beberapa bulan sahaja Mar akan bersalin. Dia akan pastikan waktu itu dia akan ada bersama Mar untuk memberikan semangat.

"Cantik" 

"Ibu Naz mak, mak kandung Naz ke?" tanya Puan Hami dengan teragak- agak. 

Aku geleng kepala. 

"Tak, ibu tu mak angkat saya. Dia ambil saya daripa rumah anak- anak yatim" 

Puan Hami terkejut. 

"Mana ayah Naz? Bukan sepatutnya dia ada jaga Naz ke selepas mak bercerai dengan dia?"

Aku pandang wajah Puan Hami lama. Akhirnya... Perkataan mak itu terluncur di bibir Puan Hami. Aku tersenyum senang. Aku tahu Puan Hami sebenarnya ibu kandung aku, tetapi kenapa perlu dia rahsiakan semua ini? Kenapa perlu dia jauhkan diri dia selama ini?

"Ayah dah meninggal dunia. Dia menghidap barah otak tanpa dia sedari selepas dia bercerai dengan mak saya"

"Me.. meninggal dunia?" Puan Hami terkejut. Dia tidak sangka perkara itu terjadi. Kenapa dia tidak pernah tahu selama ini? Kenapa tiada sesiapa yang memberitahu kepada dia?

Aku menganggukkan kepala aku lalu aku menyambung lagi percakapan aku.

"Dan Puan nak tahu tak apa nama mak saya?"

Puan Hami diam.

Aku senyum. Mataku leka memandang atas.

"Nama dia Hamimah Binti Madzuki. Tapi pelikkan? Kenapa nama dia sama dengan nama puan?" aku pandang wajah Puan Hami seketika. "Mungkin mak saya ada dekat dengan saya sekarang ni?"

"Naz..." Puan Hami kelihatan teragak- agak hendak bercakap. Ketika itu mereka sudah sampai di satu kedai emas. Tiba- tiba...


-bersmbung

No comments:

Post a Comment