Friday, 10 June 2016

Cerpen: Ukhwah?


Assalamualaikum,

Assif kerana di tukarkan tajuknya. Ni sambungan Cerpen: Sunyi. 

Act, rasa tajuknya takde kaitan ngn cerita. tu yang tukar hiksss...

P/s: Cerita ini tiada kaitan yang hidup ataupun yang sudah mati. Hnya meminjam beberpa nama sahabat saya. Moga ia bermanfaat

________________________________________________


Cerpen: Ukhwah?


[doodle org lain]



Aku duduk di dalam bilik seorang diri. Ingin keluar duduk bersama keluarga malas. Kata- kata ayahku yang baru beberapa minit tadi menerjah fikiranku yang sudah mulai kusut.

"Tak habis- habis balik rumah, duduk terperap dalam bilik."

Kata- kata ayah buat hati aku terguris. Sebenarnya memang niat aku untuk duduk di ruang tamu, tetapi setelah di tegur oleh ayahku sendiri hatiku terasa terluka.

Setelah selesai melakukan kerja aku terus melangkahkan kakiku untuk masuk ke dalam bilik. Aku tidak mahu berlama- lama berada di situ, takut kena perli dengan ayah sendiri lagi.

Laptop milik kepunyaan kakakku di buka lalu aku buka laman sesawang yang mungkin boleh menghiburkan hatiku, tetapi malangnya tiada.

'Arghhh... bosannya' bisik aku sendirian. Sesekali aku mendengar gelak tawa ayahku di ruang tamu. Dalam hati terpalit sedikit rasa cemburu.

Tiba- tiba hati di jentik rasa sebak. Sebak takala mengenangkan diri yang selalu bersendirian.

'Arghhh persetankan je semua tu' marah aku sendirian dalam hati lalu aku tutup laptop kakak aku dan baring sambil memandang syiling di atas bilik abang aku. Mujur abang aku pergi keluar sebentar tadi, jadi bolehlah aku tumpang duduk bersendirian di biliknya sekejap. Nak duduk bersama kakak rasa tidak selesa pula.

Sedang otak ligat berfikir tentang kesedihan yang tiba- tiba menyelinap dalam diri, tiba- tiba aku teringat tentang kisah silam ku.

'Kenapa Aku sering keseorangan?' tertanya- tanya aku dalam hati lalu air mata yang sudah bertakung di tubir mata menitis jua.

Tanpa aku pinta, rasa mengantuk mula hadir lalu aku tertidur dalam kesedihan.
______________________________________

"Ingatlah, walaupun kau tak ada sahabat di dunia, cukuplah Allah sebagai sahabat kau. Jangan sedih... Dia akan sentiasa ada buat kau"



_____________________________________________



Aku tiba- tiba terbangun dari tidur. Allah... Mimpi rupanya... Aku meraup wajahku lalu aku mengingati kembali mimpi yang aku alami tadi.

"Iz, ingatlah. walaupun Iz sorang- sorang kat sini nanti. Allah akan ada buat Iz" kata Kak Nurul dalam mimpi aku seraya dia tersenyum manis buatku.

Air mata aku turun bercucuran buat kesekiannya lagi.

'Kak Nurul, Iz rindukan akak. Tolonglah kembali dekat Iz, Iz sorang- sorang lagi. Kak Nurul tak sayangkan Iz ke?' rintih aku dalam hati sambil aku mengesat air mata yang tidak pernah berhenti bercucuran di tubir mata.

'Kak Nurul, Kenapa tak biarkan Iz je yang pergi dulu? Kak Nurul taukan Iz paling benci orang tinggalkan Iz? Kak Nurul... Iz rindukan akak' rintih aku lagi.

Tiba- tiba kotak fikiranku kembali menerjah memori yang lalu.

"Iz, kalau akak pergi Iz nak buat apa?"

"Iz nak merajuk. Akak jangan ada niat nak pergi dari hidup Iz ye? Iz dahlah sengsorang" kataku dengan nada merajuk lalu aku cebikkan bibirku. Kak Nurul sudah tergelak apabila melihat reaksi ku itu. Apabila melihatnya tertawa, hati aku berasa senang lalu cebikkan di bibirku bertukar dengan senyuman manis.

"Iz, Izkan ada mak, ayah, kakak, abang, dan kawan. Apa yang sunyinya?" tanya Kak Nurul dengan lembut. Aku yang mendengar ayatnya terus menjadi masam. Senyuman yang manis sudah hilang di bibir saat kata- kata itu keluar.

"Diorang bukannya layan Iz pon" balaskku dengan kasar. Kak Nurul? Dia hanya chile je dari tadi sambil bibirnya tidak pernah berhenti mengulumkan senyuman manis.

"Tapi Allahkan ada walaupun diorang tak layan Iz" mulut aku tekunci bila aku mendengar balasan katanya. Aku still tetap dengan ego ku, aku hanya berdiam diri sahaja.

'Apa kes Kak Nurul cakap macam ni ye? Hurm...' tertanya- tanya aku sendirian dalam hati.

"Eh. Orang cakap dengan dia, dia boleh pulak berangan. Nak kena ni"

Pap.

Satu pukulan dari tangannya yang mulus mengenai lengan ku. Aku usap lenganku yang di pukul manja olehnya lalu aku tersengih.

"Hehe" hanya itu sahaja yang terluah di bibirku lalu rintik- rintik hujan sudah mula membasahi bumi.

"Eh? Dah nak hujanlah. Jom balik" ajak Kak Nurul. Aku hanya menganggukkan kepala lalu aku pandang tangannya yang menghulur ke arahku. Aku tersenyum.

"Nak kena pegang ke ni?" tanya ku dengan sengaja.

"Ish. boleh tanya pulak dia ni. Cepat pegang. Kang akak babap Iz" kata Kak Nurul dengan nada marah yang manja. Huluran tangannya aku sambut lalu kami berjalan beriringan untuk pulang ke asrama kami.

"Kak" panggilku.

"Erm?"

"Stick forever with me please" kataku dengan pendek. Dia tersenyum.

"InsyaAllah dear. Kalau bukan dekat sini. InsyaAllah, di syurga nanti"

________________________________________

"Kalau bukan di sini. InsyaAllah, di syurga nanti" kata- kata itu. Ya, kata- kata itulah merupakan kata- kata terakhirnya sebelum dia accident pada tahun yang lepas. Kak Nurul ataupun nama panjangnya Kak Nurul Faihanah, sudah setahun meninggalkan aku sendirian. Hidup aku menjadi serba tidak kena sejak kehilangannya. Kehilangannya membuatkan aku rasa sunyi, sedih, dan lain- lain. Aku bagaikan hilang pedoman untuk hidup selepas ketidakadaan dia.

"Kak Nurul, kenapa Kak Nurul selamatkan Iz kak? Iz lebih rela pergi dulu daripada orang lain yang pergi" kataku dengan lirih semasa tubuhnya terbaring di atas jalan raya. Badannya sudah berlumuran darah. Tubuhnya sudah aku peluk dengan erat sambil air mata menitis satu persatu.

Kak Nurul hanya senyum sahaja.

"Allah, kenapa akak sanggup korbankan semua ni untuk Iz kak? Kenapa?" soalku lagi. Dia? Dia hanya tersenyum sambil menahan sakit sahaja. Air mataku sudah menderu- deru keluar dari tadi.

"Akak!!!" jerit aku tiba- tiba apabila aku melihat matanya sudah mula terkatup. Orang ramai yang berkerumun hanya melihat sahaja babak kami itu. Sesekali itu ada beberapa orang yang datang menenangkan aku. Aku hanya terus menangis dan menangis sambil memeluk erat tubuh yang sudah kaku di atas jalan itu. Kini, dia sudah pergi meninggalkan aku sendirian. Hujan lebat masih setia membasahi bumi.

"Yang dah pergi tu akan tetap pergi" sampuk satu sauara.

Memori yang lalu tiba- tiba menjengah segera terhapus apabila terdengar seseorang sedang menegur aku. Segera air mata yang menemani aku tadi aku lap dengan tanganku. Wajah aku palingkan ke tempat lain. Aku tak suka keluarga aku sendiri tengok aku menangis.

Abangku duduk di birai katil lalu memandang wajahku.

"Kau nak apa? Tak reti bagi salam ke nak masuk?" tanyaku dengan kasar.

"Hai? Masuk bilik sendiri pun kena bagi salam? Pelik? Selama ni tak kesah pun?" perli dia. Aku masih palingkan wajahku tanpa memandang dia.

"Lantaklah. Ei... pergilah keluar. Aku sibuk" halau aku.

"Tak nak"

"Hishh!!! Pergilah keluar! Jangan sibuk boleh tak?" tengking aku. Rasa geram tiba- tiba muncul dalam diri. Jika dulu, aku seorang yang sabar. Tetapi sejak kehilangan orang yang aku sayangi, aku berubah seratus peratus.

"Sampai bila kau nak macam ni? Diri terabai. Belajar terabai. Semuanya terabai. Kau kena ingat, hidup ni kerana Allah, bukan kerana manusia" nasihatnya padaku. Aku senyap tanpa membalas apa- apa.

"Iz, Kau kena tahu. Allah hadirkan dia buat kau ada sebab dan Allah ambik dia pun ada sebab. Patutnya kau kena kau bersyukur kerana Allah masih bagi kau kesempatan tuk hidup. Kau cuba cek balik, sebab apa kau berubah dulu? Sebab dia ataupun Dia? Dan aku rasa kalau kawan kau tu masih hidup, dia pun taknak tengok kau macam ni" ujarnya lagi. Air mata mula bergenang semula. Terlalu rapuh betul hatiku ini apabila abangku menegur aku tentang perkara yang berkaitan dengan Kak Nurul.

"Kalau nak nangis tu nangis jelah. Tak ada masalah pun kan?" perli abangku. Aku pandang wajahnya dengan geram dan sedih. Sakit pula hatiku apabila dia berkata sebegitu.

"Kau siapa nak cakap macam tu? Ikut suka hati akulah nak nangis ke tak?" marah aku. Mataku sudah memerah sedikit.

"Abang kau. Kenapa? Family sendiri pun tak kenal dah ke?" perli dia lagi. Aku sudah bengang tahap giga apabila dia memerli aku lagi.

"Shut up! And go away!" jerit aku. Dia tersenyum. Aku pandang wajahnya dengan rasa marah yang meluap- luap. Senyumannya itu aku tidak dapat tafsirkan sekarang. Arghh peduli apa aku.

"Tak ada gunanya kau jaga ukhwah antara sahabat tetapi ukhwah antara family dan Tuhan sendiri hancur" nasihatnya lagi lalu dia keluar dari bilikku. Aku terkedu sendirian.

________________________________________________

"Tak ada gunanya kau jaga ukhwah antara sahabat tetapi ukhwah antara family dan Tuhan sendiri hancur" kata- kata itu cukup menyentapkan hatiku ini. Apakah? Tanpa aku pinta, kata- kata Kak Nurul mula terngiyang- ngiyang di kotak fikiranku.

"Cukulah hanya Allah yang pertama di hati Iz, jangan ada akak atau sesiapa yang dapat ranking yang pertama dalam hati itu. Biar Dia sahaja yang ada buat selama- lamanya"

"Iz, hidup kat sini tak semestinya kena jaga hubungan kita dengan Sahabat atau Kawan je tau? Iz, kena jaga hubungan dengan Family dan Allah jugak. Hidup ni kerana Allah. Hidup ni bersebab tau tak?" Kata- kata itu. Ya! Dia ingat lagi. Kak Nurul selalu nasihatkan dia supaya cuba untuk berbaik- baik dengan family aku. Tetapi, aku yang terlalu ego dan pentingkan diri sendiri.

"Ya Allah.... Maafkan  Iz kak Nurul. Maafkan Iz kerana tak pernah nak terima nasihat akak" kataku sendirian apabila aku telah menyedari sesuatu. Wajahku di raup. Air mata kini mengalir semula.

'Maafkan aku Ya Allah kerana jauh dari Mu dan keluarga ku' bisikku sendirian. Tanpaku sedari ada memerhatikan aku di sebalik pintu dari tadi. Dia hanya tersenyum dengan penuh makna. Aku mula menyedari sesuatu yang berharga. Syukur Allah tidak mengambil mereka lagi.

'Maafkan orang'


"Ukhwah tidak semestinya berpandukan kepada sahabat sahaja"

"Jangan terlampau mengagungkan Ukhwah hingga hubungan kita dengan Tuhan dan Family hancur"

"Ukhwah bukan untuk sementara, tetapi selamanya... InsyaAllah"






Salah silap mohon tegur.

Assif ala kulli hal.

Fi hifzillah.

No comments:

Post a Comment